Umum sedia maklum, bulan Zulhijah merupakan bulan yang penuh barakah. Jika Ramadan dikenali kelebihannya dengan sepuluh malam terakhir kerana salah satu daripada hari itu terdapat Lailatulqadar, maka Zulhijah pula mempunyai kelebihan sepuluh hari terawalnya. Begitulah Maha Pemurah Allah SWT yang mengurniakan ruang yang luas untuk hamba mendekatkan diri kepada-Nya.

Ads

Waktu Terbaik Kumpul Pahala Bulan Zulhijjah, Ustazah Asma Harun Kongsi 5 Perkara Wanita Perlu Tahu

 

Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kelebihan bulan Zulhijjah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan ketakwaan dan pahala. Tambah Ustazah Asma’, beruntung bagi sesiapa yang menggunakan peluang istimewa ini untuk rebut ganjaran yang dijanjikan.Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah yang perlu diberikan perhatian wanita bagi melipatgandakan pahala:

  • 1 HINGGA 10 ZULHIJJAH 1444H / 20 – 29 JUN 2023

MEMPERBANYAK AMAL SOLEH
Subhanallah, besarnya ganjaran beramal soleh dalam bulan Zulhijah ini. Sehingga dinyatakan bahawa jika keluar berjihad ke jalan ALLAH sekalipun masih tidak dapat menandingi pahala beribadah pada 10 hari terawal bulan ini.

Waktu Terbaik Kumpul Pahala Bulan Zulhijjah, Ustazah Asma Harun Kongsi 5 Perkara Wanita Perlu Tahu
Gambar hiasan
  • 9 ZULHIJJAH 1444h / 28 JUN 2023

PUASA SUNAT HARI ARAFAH

Amat rugi bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada Hari Arafah bagi merebut ganjaran kerana ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa kita setahun sebelum dan selepasnya.

Waktu Terbaik Kumpul Pahala Bulan Zulhijjah, Ustazah Asma Harun Kongsi 5 Perkara Wanita Perlu Tahu
Gambar hiasan
  • MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Ambil ibrah daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang tetap mengutamakan ALLAH walaupun terpaksa berkorban rasa kasih pada anak.

JUGA BACA: https://www.nona.my/arab-saudi-lancar-aplikasi-digital-bersepadu-pertama-nusuk-versi-bahasa-melayu-bagi-kemudahan-jemaah-haji/

Ads

Waktu Terbaik Kumpul Pahala Bulan Zulhijjah, Ustazah Asma Harun Kongsi 5 Perkara Wanita Perlu Tahu

  • 11 – 13 ZULHIJJAH 1444h / 30 JUN-2 JULAI 2023

HARI TASYRIK

Menurut ahli fiqh, tasyrik adalah tiga hari setelah Hari Raya Aidiladha iaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah.

Ads

Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging-daging korban dipanaskan di bawah terik matahari.

Daripada Nubaisyah al-Hudzali RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ

Maksudnya: “Hari Tasyrik adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat ALLAH.” (HR Muslim, hadis sahih).

Sebagai umat Islam marilah kita merebut peluang meningkatkan amalan sekali gus memanfaat peluang yang ada pada bulan ini. Semoga Allah menerima segala amal ibadat yang dijalankan dengan penuh kusyuk dan tawadduk.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI