Rasa bangga bila ada ibu bapa yang cukup prihatin mengenai penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak seperti Datin Nur Ezdiani Baharoddin. Meskipun tiga anaknya mendapat pendidikan di The International School at Park City, namun sebagai rakyat Malaysia … ibu kepada empat orang anak ini akan memastikan mereka dapat mendalami bahasa kebangsaan tersebut dengan baik.
Berusia 36 tahun, Datin Ezdiani berkata anak-anaknya sudah mula dihantar ke sekolah antarabangsa sejak mereka berusia 4 atau 5 tahun. “Anak-anak tak ada masalah cakap Bahasa Melayu boleh dikatakan fasih juga cuma bila mereka membaca dalam bahasa tersebut, kedengaran agak janggal. Mungkin sebab masa masuk sekolah dulu mereka diajar oleh guru dari London.
Di sekolah, anak-anak saya cuma belajar Bahasa Melayu seminggu sekali. Di rumah pula, ada masanya saya akan cakap English dengan mereka tapi suami lebih suka cakap dalam bahasa. Waktu ada seorang staf kami masuk kerja dulu, dia terkejut bila dengar anak kami pandai Bahasa Melayu.
Katanya, majoriti anak-anak yang belajar di International School dan pembantu rumah pula orang Filipina.. agak susah untuk mereka bercakap Melayu,” ungkap usahawan ini.
Tambahnya lagi, “Saya ada beritahu anak-anak yang mereka dilahirkan di Malaysia dan mak ayah pun orang Melayu. Kalau tak tahu cakap Bahasa Melayu ruginya. Bagi saya, penguasaan Bahasa Melayu untuk anak-anak sangat penting. Orang lain dekat negara luar semua excited hendak belajar Bahasa Melayu.
Saya tahu one fine day pun mereka akan pergi belajar ke luar negara. Dekat sana nanti memang susah dah nak cakap Bahasa Melayu lagi. So sekarang ini kena didik mereka supaya jangan ‘hilangkan’ bahasa tu. Macam itulah cara saya mendidik mereka.
Di sekolah, boleh dikatakan hanya 10 peratus je pelajar Melayu. Yang lain bangsa Inggeris, Korea dan Jepun. Bila mereka boleh cakap Bahasa Melayu, saya bangga dengan kebolehan anak-anak.
Kalau mereka cakap sesama adik-beradik, memang dalam Bahasa Inggeris je. Tapi bila nak cakap dengan saya atau suami, automatically Bahasa Melayu. Alhamdulillah, semua anak saya boleh cakap dan faham Bahasa Inggeris, Melayu dan Tagalog.”