Alunan bacaan yasin memenuhi seluruh kamar suite Cik Ani. Seisi keluarga Chef Wan termasuk sanak-saudara dan teman-teman rapat turut hadir menziarahi bonda kesayangan beliau. Chef Wan reda meski air wajahnya sugul. Suasana suram, masing-masing memendam kesedihan di sudut hati yang terdalam.
Awal pagi Khamis, Chef Wan berkongsi situasi kesihatan ibunya yang terbaring lemah. Sel-sel kanser hati sudah parah merebak, ditambah masalah penyakit demensia dan Alzheimer membuatkan mereka sekeluarga perlu bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan.
Masa bersama Cik Ani kian singkat. Sebak, tapi itulah hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang tidak kekal. Tiada yang abadi kecuali amalan dan kasih sayang yang terus mengalir.
Sekitar Oktober lalu, Nona pernah dijemput secara eksklusif bagi meraikan ulang tahun ke-90 bonda tersayang Chef Wan. Sambutan hari jadi Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
“Pada zaman ini, tak ramai yang mampu hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang adik-beradik,” jelas Chef Wan kepada Nona.
Dan baru-baru ini, kita dikejutkan dengan perkembangan terkini kesihatan Cik Ani atau nama sebenar Noraini Abdullah yang dilihat semakin lemah.
Ads
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Chef Wan menerusi Instagram, ibunya dikhabarkan kini tenat di hospital dan masih di dalam pemantauan doktor. Malah Chef Wan turut mengakui gusar dan tidak boleh tidur malam andai ibunya pergi ketika sedang tidur.
Chef Wan juga enggan memasukkan ibunya ke dalam ICU kerana kerana mahu detik-detik terakhir itu berlalu dengan tenang.
Dalam suasana duka yang menyelubungi keluarga Chef Wan, Nona mendapatkan khabar terbaru dari mulutnya sendiri tentang situasi Cik Ani dan perasaan beliau sebagai anak.
“Emak seorang pejuang. Tiga malam Wan takut nak tutup mata takut jika mak pergi tanpa Wan. Its painful to see orang yang dah nazak, lebih-lebih lagi ibu tersayang. You don’t want to let her go, but you know you must let her go in peace. Its ok to go, I whisper so many times to mak’s ears.”
Ads
Mengimbau kenangan bagaimana Cik Ani membesarkan Chef Wan dan adik beradik seorang drii, beliau mengakui cukup mengagumi dan menghormati ibunya.
“Kerana emaklah Wan wujud dan berada di sini untuk melihatnya menghadap llahi. Berjurai air mata trying so hard to hold the pain, but I realized Allah will need her back. Im so greatful to have her this long. Understanding that I had so much blessing from Allah, and I can let her go in peace eventually but perhaps also the saddest time of my live ever,” jelas Chef Wan lagi.
Ads
Tambahnya, “Wan rasa kurang beban kesedihan itu pun as Allah is next to me and my 2 malaikat kiri dan kanan yang menjadi saksi segala perbuatan dan kebajikan serta pengorbanan saya sebagai seorang anak mahu pun ketua keluarga.
I feel I have done a fantastic job to look after both my parent and became a source of inspiration to millions around the world what responsibilities is all about in elderly care, love, compassion and empathy as well as the meaning of pengorbanan.
Bila melihat wajah emak yang uzur dan letih, terbayang masa saya susah-susah dahulu, segala pahit getir dan pengorbanan ibu saya ini compared to mine is nothing.”
Begitulah besarnya jasa seorang ibu, takkan pernah cukup segala harta-benda di dunia ini untuk membalas kebaikannya. Sebagai seorang anak, pastinya Chef Wan berusaha keras memberikan yang terbaik buat kali terakhir. Semoga segala bakti dan usaha Chef Wan memuliakan ibu sehingga ke akhir hayat menjadi contoh terbaik buat generasi muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, nama putera Arab Saudi menjadi bualan selepas khabarnya baginda akan menghadiahkan setiap seorang pemain Arab Saudi sebuah kereta jenama Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain sebagai ganjaran atas kerja keras yang ditampilkan oleh mereka sewaktu pertembungan sengit menentang Argentina pada aksi pembukaan kumpulan C temasya Piala Dunia 2022 Qatar. Hebat! Namun siapakah sebenarnya Putera Mahkota Arab Saudi ini yang dilihat sungguh pemurah.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman baru-baru ini telah dinamakan sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa, menerusi pengumuman oleh TV Al Ekhbariya.
Selain Mohammed, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga seorang lagi anak Raja Salman, iaitu Putera Khalid, telah dinamakan sebagai Menteri Pertahanan, mengambil alih portfolio yang sebelum ini disandang abangnya. Mohammed sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu Al Ekhbariya menyebut, rombakan kabinet turut melihat Putera Mansour bin Mutaib bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Abdulaziz bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, masing-masing kekal sebagai sebagai Menteri Dalam Negeri dan Menteri Tenaga.
Ini antara beberapa fakta menarik tentang baginda.
1. Pada 6 April 2008, Mohammed bin Salman berkahwin dengan sepupunya, Sara binti Mashour. Dia adalah anak perempuan Mashour bin Abdulaziz, bapa saudara Mohammed bin Salman.
2. Hasil perkahwinannya dengan Sara, Mohammed bin Salman mempunyai lima anak, tigalelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Putera Salman, Putera Mashur, Puteri Fahda, Puteri Noura dan Putera Abdulaziz.
3. Mohammed bin Salman melanjutkan pengajiannya di Universiti King Saud, Riyadh, Arab Saudi. Baginda mengambil jurusan undang-undang.
4. Mohammed bin Salman memiliki sekurang-kurangnya 18 kereta mewah. Kereta termurah ialah Range Rover Sentinel dengan harga $500,000.
5. Bapa Mohammed bin Salman, Raja Salman memintanya membaca satu buku setiap minggu. Ini menjadikan Mohammed bin Salman seorang pengumpul buku bacaan yang berkualiti. Malah dikhabarkan dia mempunyai bilik khas untuk membaca buku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Thylane Blondeau
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu. Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya. Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Jare
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Bayangkan, pada usianya yang masih kanak-kanak, Hayder sudah bijak bergurau senda dengan kedua ibu-bapanya.
Apatah lagi setiap kali ada perlawanan bola sepak daripada team Johor, Hayder akan turut berada di stadium tersebut untuk memberi sokongan kepada ayahnya.
Baru-baru ini, pelakon yang juga isteri kepada pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu berkongsi momen anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish yang baru memasuki alam pra-sekolah. Ini ditambah pula dengan wajah Hayder yang comel menerima pujian ramai wargamaya.
Malah Eyra dan suami juga seringkali berkongsi telatah Hayder Qalish untuk hiburan peminat-peminat mereka di Instagram mahupun Twitter, membuatkan ramai yang geram dengan telatah dan gelagatnya yang bersahaja. Masya allah, memang comel sungguh Haider ni kan!
Gelahat Haider boleh disaksikan menerusi akaun Tiktok @haiderqhalish14 yang yang dipercayai dibuka oleh Eyra dan Haziq. Sehingga kini akaun tersebur mempunyai 142 ribu pengikut.
Walaupun perkahwinan Eyra Hazali dan Haziq Nadzli baru beranjak ke usia 3 tahun lebih, namun ramai yang mengagumi keluarga harmoni Eyra dan suami yang cukup bahagia. Apatah lagi Eyra dikhabarkan cukup memamahi profesion suaminya dan saling menyokong antara satu sama lain, malah sanggup pindah ke Johor untuk bersama suaminya.
Sekadar info, Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020 dan Muhammad Endra Haqimie, pada 29 April 2022.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Eyra dan Haziq diberkati dan kekal bahagia hingga ke Jannah, dan kedua-dua anak comel mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian foto terbaharu mengenai Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerusi Instagram milik jurugambar ...