Beruntung Nur Amirah Filzah kerana mempunyai seorang bapa yang cukup penyayang dan mengambil berat tentang dirinya dari segala segi termasuklah soal pemakaian! Meskipun anak sudah cukup dewasa namun kerana tanggungjawab sebagai bapa, Hj Badioezaman Abdul Khalik tetap memantau dan menegur penampilan Mira Filzah jika ia tidak manis dipandang bagi pandangan matanya. Hakikat tersebut didedahkan Mira Filzah sendiri baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56.
Sambil memuatnaik gambar di samping bapa, ibu dan adik perempuan… Mira turut berkongsi Whatsapp yang pernah dihantar bapa tersayang kepadanya tidak lama dulu. Menerusi petikan Whatsapp berkenaan jelas memperlihatkan sisi prihatin Hj Badioezaman yang kurang setuju dengan pemakaian Mira namun menegur anak kedua daripada tiga beradik itu dalam nada tegas.
Merasakan jasa dan kasih sayang bapa cukup besar dan tidak mampu dibalas, Mira menitipkan ucapan indah buat lelaki pertama yang bertahta di hatinya selama ini.
“Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable. Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day.”
Yang pasti, ini bukanlah pendedahan pertama dibuat Mira mengenai ‘keistimewaan’ bapanya. Ketika sambutan Hari Bapa pada Jun lalu, Mira ada berkongsi ‘teguran’ dari bapa mengenai cara pemakaiannya sewaktu penggambaran sebuah drama. Memang peka betul abah Mira Filzah ni! Pendek kata, setiap gerak-geri anak memang diperhatikan walaupun Mira sudah dewasa dan berstatus selebriti.
Dedah Mira, “You don’t always say I love you, but your small acts do. You texted to remind me of malam Nisfu Shabaan when I was in Perth for shooting. You invited me for lunch, just the two of us, on weekdays, just to ask “how are you?”. You texted me that you don’t like my short skirt in the first episode of Sweet Dreams. Lol. Actions speak louder that words, Abah. Thank you and I love you TOO!”
Tidak dinafikan, rata-rata peminat menzahirkan rasa terharu melihat didikan Hj Badioezaman mengasuh selebriti cantik ini dengan sebaik mungkin. Beliau juga dilihat sebagai lambang inspirasi seorang bapa yang wajar dijadikan contoh. Selain Mira, perkahwinan Hj Badioezaman bersama Faizatul Akmar turut dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Ain Farhanah dan Nur Aina Fadhilah.
Mira Filzah selamat melangsungkan perkahwinan dan sah bergelar isteri Wan Emir Astar pada 3 September lalu.