“Saya percaya setiap wanita tidak kira isteri atau ibu patut keluar bekerja. Tak boleh bergantung kepada suami 100%. Kalau apa-apa jadi, macam mana?”
Ads
Meniti usia 41 tahun, Datin Harveen Kaur merupakan seorang jururawat di Pusat Perubatan Gleneagles Kuala Lumpur. Walau mempunyai kerjaya sendiri dan suaminya bertugas sebagai pakar bius, namun jelitawan ini tetap mahu bekerja dan berdikari atas kaki sendiri. Sikap yang memang patut dicontohi ramai wanita dan isteri!
Terang ibu kepada tiga orang anak tersebut, meskipun pendapatan suami mampu menampung keperluan seisi keluarga namun kepuasan mencari sumber pendapatan sendiri mengatasi segala-galanya. Lagipun, kalau dapat kebenaran suami dan tidak menjejaskan urusan rumah tangga.. apa salahnya.
Menjelas lanjut tentang pendirian tersebut, bekas Ratu Cantik Mrs Malaysia World 2017 ini berkata, “Sekurang-kurangnya kita ada persediaan dari segi kewangan. Daripada berada di rumah 24 jam, ada baiknya luangkan masa 4 ke 6 jam di luar rumah dan bergaul dengan masyarakat. Pada pandangan saya, golongan isteri perlu bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Tak boleh harapkan suami saja sebab ekonomi sekarang pun makin tinggi.”
Sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai sepasang anak kembar lelaki berusia 17 tahun dan anak perempuan berumur 14 tahun, Datin Harveen selesai
menjayakan Mrs Malaysia World 2018. Sebagai Pengarah pertandingan ratu cantik tersebut, jelitawan ini mengambil cuti selama 6 bulan untuk membantu para peserta di samping terlibat dengan aktiviti kebajikan.
Ads
Sejujurnya, saat bertentang mata dengan Datin Harveen rasa macam bertemu selebriti Bollywood. Bersandarkan tubuh tinggi lampai dan langsing, kulit wajah gebu dan mulus serta kepetahannya berbicara.. sesiapa pun pasti tertawan dengan aura yang dimiliki.
Tatkala berkongsi bagaimana dia mengekalkan tubuh badan yang sihat dan kecantikan wajah, ini rahsianya! “Selain ambil tablet vitamin C 1000mg setiap hari, saya juga amalkan 3 liter air putih sehari. Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan jus ubi bit merah yang dihasilkan sendiri.
Ads
Jus ini saya buat dengan campuran epal hijau, epal merah dan tanpa air.. minum seminggu tiga kali. Tak lupa juga lakukan senaman dua kali seminggu. Sebenarnya jus ubi bit mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ia dapat mengurangkan kadar kolestrol, menaikkan seri muka dan dalam masa sama mampu menaikkan kadar hemoglobin dalam darah. Ini adalah inisiatif saya sendiri untuk menjaga kesihatan memandangkan usia yang semakin meningkat.”
Bagusnya Datin Harveen. Bukan saja seorang wanita yang berdikari dan cantik.. tetapi juga cukup mementingkan penampilan dan kesihatan diri. Barulah seimbang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Namun hakikatnya figura ini seorang yang low profile dan disenangi. Sepanjang Nona bekerjasama dengan Datin Seri Zizie, memang senang berurusan dengannya.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Ketika melancong, rambut kita terdedah kepada cahaya matahari dan menjadikan rambut kering dan kusam. Kondisi rambut begini kadang-kadang menjadi punca serik untuk bercuti lagi.
Penyebab utama masalah rambut kering adalah kerana terlalu terdedah kepada sinar matahari, mahu rambut cepat kering dengan menggunakan pengering rambut, alat pengeriting rambut dan pewarna rambut. Oleh itu, elak menggunakan terlalu banyak bahan kimia untuk menjaga kecantikan rambut.
Pulih kembali kilauan rambut dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi serta mudah didapati.
MASKER ALOE VERA
Aloe vera memang terkenal mempunyai kuasa pelembap secara semula jadi. Ia mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, kandungan vitamin dan nutrisi dalam aloe vera ini sangat baik untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala.
Mudah sahaja dengan mengambil beberapa batang aloe vera dan belah dua. Ambil gel yang terdapat di dalamnya dan sapu pada rambut secara menyeluruh. Biar selama 30 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Gel aloe vera ini telah terbukti mampu memperbaiki rambut agar lebih sihat dan bercahaya.
MASKER AVOKADO DAN MADU
Kombinasi avokado dan madu memiliki manfaat terbaik untuk menjaga kesihatan rambut. Kandungan vitamin E yang terdapat pada avokado memelihara kulit kepala agar lebih sihat. Manakala madu pula membantu melembapkan setiap helaian rambut. Bagi mendapatkan masker ini sangat mudah caranya. Ambil avokado yang telah masak dan lenyek di dalam bekas kecil. Tambah dengan tiga sudu madu asli dan gaul sempurna. Kemudian sapu campuran ini pada rambut secara menyeluruh. Biar selama 30 minit dan bilas dengan air bersih dengan sempurna.
MASKER MINTAK ZAITUN
Rambut kering perlu penjagaan rapi kerana mudah rapuh dan putus. Kandungan minyak semula jadi yang terdapat dalam minyak zaitun dapat membantu mengatasi masalah rambut kering. Apabila ditambah pula dengan madu menjadi masker yang terbaik untuk masalah ini. Panaskan minyak zaitun di dalam sebuah bekas kemudian campur dengan sedikit madu. Sapu campuran tadi ke seluruh bahagian rambut dan bungkus dengan tuala lembap. Sebaik-baiknya pakai di waktu malam sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas bersih dengan air suam ketika bangun tidur. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk rambut yang sihat dan berkilau.
ELAK MENGGAYA RAMBUT
Ketika rambut masih tidak sihat dan perlukan rawatan sebaik-baiknya elak menggaya rambut secara berlebihan. Tidak perlu menggunakan pengering rambut sebaliknya biarkan rambut kering sendiri begitu juga tidak perlu mengeriting rambut. Tindakan ini akan menjadikan rambut semakin rosak dan tidak bermaya. Jika mempunyai aktiviti di luar rumah lindung rambut dengan memakai topi atau payung. Sinar matahari secara langsung menjadi punca rambut kering dan tidak teratur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui pelakon terkenal, Datin Lisa Surhani ketika ini dkhabarkan sedang mengerjakan umrah bersama suami tersayang, Datuk Yusry Abdul Halim sejak tiga hari lepas. Jika dilihat pada akaun Instagramnya, LIsa tak lokek dan sering berkongsi aktiviti sewaktu di Tanah Suci untuk tatapan peminat dan warga maya.
Dalam hantaran terbaru pelakon filem Instanbul Aku Datang dan Pisau Cukur itu, Lisa ada memuatnaik beberapa gambar bersama suami dengan berpakaian ihram berjalan dipercayai di sebuah stesen keretapi.
Menariknya, penampilan Lisa yang sederhana, mulus tanpa secalit solekan benar-benar menyerlahkan seri wajahnya membuatkan warga maya teruja dan mengakui tenang melihat wajah pelakon tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif ke hantaran yang dibuat oleh Lisa kerana wajahnya yang cukup bersih dan berseri. Mereka turut mendoakan agar pasangan selebriti kesayangan mereka mendapat umrah yang mabrur serta terus diberkati dunia dan akhirat.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...