Fuh, salute dengan gaya hidup aktif Datin Paduka Umie Aida. Kalau kebanyakan orang yang bercuti pada musim sejuk lebih suka beriadah dan hanya mengambil gambar pemandangan.. berbeza pula bagi penyanyi dan pelakon berbakat besar ini. Sedang menikmati percutian bersama dua sahabat di Kazakhstan yang ketika ini mencapai suhu beku -15 darjah Celsius, Datin Paduka Umie tetap aktif melakukan aktiviti lasak.
Kongsinya, “Kerana terlalu sejuk lake pun jadi frozen. Sepanjang Me (singkatan Umie) di Kazakhstan setiap kali keluar baju 4 lapis, seluar 4 lapis. Nasib baik trip
ni tak singgah astana.. sana cuaca level -20 ke atas.”Meskipun berdepan cuaca yang terlalu sejuk namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat isteri Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ini. Selain berpeluang menaiki belon udara panas, Datin Paduka Umie juga tidak melepaskan peluang mencuba paragliding di Symbulak Mountain, menunggang kuda di pergunungan dan mendaki gunung.
“Walaupun kasut tak sesuai untuk hiking tapi taknak lepaskan peluang ini. Me jatuh 3 kali plus semput nafas deal dengan cuaca begini.”
Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, Kazakhstan antara negara yang patut anda lawati kerana terdapat banyak tarikan menarik. Salah satunya adalah zip line.
“Zip line Kazakhstan jatuh nombor 3 terpanjang, terlaju dan tertinggi di dunia. Sayangnya we all tak bawa Gro Pro. Setakat pakai handphone je. Ada 7 cabaran yang kita kena lalui dan 2 yang terakhir je dibenarkan pegang handphone
. Sebab takut jatuh.Kepada yang nak mencuba, bulan Mei adalah yang terbaik. Tak berapa sejuk dan masa tu segala jenis bunga dan tulip akan dapat dilihat. Dan of course stamina kena ada sebab nak daki dalam 30 minit ke tempat zip line.
Me terjatuh 3 kali kat lereng bukit pasal kasut tak sesuai. Boleh tahan semput juga we all untuk daki dan lalui salji yang licin dan cuaca sejuk. Rasa macam daki Gunung Everest. SubhanAllah.. view sangat cantik,” terang adik kepada Erma Fatima ini.
Datin Paduka Umie Aida bukan saja gemar bercuti ke luar negara dan terkenal dengan sikap suka mengeksplorasi benda baru. Kalau pergi melancong, ada saja aktiviti yang ingin dicuba. Misalnya ketika pergi bercuti di New Zealand dan melakukan sky dive.
Tidak sekadar berani mencuba aktiviti lasak, Datin Paduka Umie juga menguji kemampuan diri untuk mencuba kepelbagaian makanan yang ada di Kazakhstan. “Bukan semua makanan yang berkhasiat sesuai untuk badan kita. Tadi lunch Me minum susu kuda, makan daging kuda dan daging kambing. Tak sampai 1 jam Me muntah segala yang Me makan. Moral of the story, berhati-hati nak try sesuatu yang baru. Perut kita bukan level depa,” selorohnya.
Kredit: Instagram Umie Aida
This website uses cookies.