MIRA FILZAH

Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.

Ads

“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school... nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.

Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”

“Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar
Adik beradik Mira Filzah
“Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar
Di majlis khatam Al-Quran Mira dan adiknya baru-baru ini

“Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar

Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”

Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh. Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”

Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”

Ads

“Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar

Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.

“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”

Ads

“Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga!” MIRA FILZAH ‘Buah Hati’ Faizatul Akmar

Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI