Permaisuri terakhir Iran, Farah Diba Pahlavi sentiasa tampil anggun dan menarik serta begitu mencintai dunia seni sehingga digelar “Jackie Kennedy Timur Tengah”. Mungkin aura dan pesona yang ditampilkan oleh Farah Pahlavi sama seperti Wanita Pertama Amerika Syarikat itu.

Ads
Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia
Foto: Facebook Farah Diba Pahlavi

Biarpun berstatus permaisuri dalam buangan serta tidak lagi memiliki negara secara sah namun Farah Pahlavi tetap dihormati oleh keluarga diraja seluruh dunia.

Wanita yang kini berusia 80 tahin ini pernah muncul di beberapa acara diraja antarabangsa, seperti perkahwinan Putera Mahkota Frederik dari Denmark pada tahun 2004, perkahwinan Nikolaos dari Greece dan Denmark tahun 2010, perkahwinan Albert II, Putera Monaco dan perkawinan Mahkota Putera Leka II dari Albania.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia
Foto: Facebook Farah Diba Pahlavi

Kisah hidup Farah Pahlavi begitu tragis dan tetap dikenang sehingga kini. Permaisuri Iran ini terpaksa meninggalkan negaranya bersama suami, Maharaja Mohammad Reza Pahlavi setelah 38 tahun memerintah Iran ketika Revolusi Iran pada tahun 1979.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia
Kejelitaan Farah Pahlavi ketika muda begitu dikagumi.

Pasangan diraja ini bersama dua orang anaknya, Puteri Leila dan Putera Ali-Reza membawa diri ke Mesir kerana penggulingan sistem kerajaan monarki yang menyaksikan sistem kerajaan monarki dihapuskan secara menyeluruh di negara tersebut. Sudahlah hidup dalam buangan, suami pula meninggal dunia kerana kanser limfoma setelah 18 bulan meninggalkan Iran.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia
Foto: Facebook Farah Diba Pahlavi
Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia
Farah Pahlavi bersama anak lelaki, menantu dan cucu-cucunya.

Selepas kematian suaminya, Farah Pahlavi tinggal di Mesir selama hampir dua tahun. Presiden Sadat memberi kebenaran kepada Farah Pahlavi keluarganya menggunakan Istana Koubbeh di Kaherah sebagai tempat tinggal. Beberapa bulan selepas pembunuhan Presiden Sadat pada bulan Oktober 1981, beliau dan keluarganya meninggalkan Mesir.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia

Ads

Rezeki berpihak kepada Farah Pahlavi apabila Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Ronald Reagan mengalu-alukan kedatangannya. Farah Pahlavi bersama anak lelaki sulungnya Putera Mahkota Iran, Reza Pahlavi serta menantu dan cucu pertama kali menetap di Williamstown, Massachusetts, tetapi kemudian membeli sebuah rumah di Greenwich, Connecticut.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia

Ads

Selepas kematian Puteri Leila pada tahun 2001, Farah Pahlavi membeli rumah yang lebih kecil di Potomac, Maryland, berhampiran Washington, D.C untuk berada lebih dekat dengan anaknya dan cucu-cucunya dan tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke bumi Iran sehingga sekarang.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia
Foto: Facebook Farah Diba Pahlavi

Farah kini membahagikan masa antara Washington, D.C dan Paris. Farah menyokong amal, termasuk Malam Gala Tahunan Alzheimer INFRAD (Peningkatan Dana Antarabangsa untuk Penyakit Alzheimer) yang diadakan di Paris.

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia

Walaupun Hidup Dalam ‘Buangan’ Namun Permaisuri Terakhir Iran Ini Dihormati Keluarga Diraja Seluruh Dunia

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI