Walaupun Lumpuh Separuh Badan, Nur Ashikeen Iqbal Wakili Negara Ke Pertandingan Ratu Cantik Kerusi Roda Dunia 2022

Biarpun orang kelainan upaya (OKU) lumpuh, Nur Ashikeen Iqbal tetap positif dengan takdirnya dan tidak pernah merasakan dirinya tidak cantik seperti wanita lain. Menepis halangan fizikal tidak mampu berjalan, beliau bangkit memberi inspirasi biarpun terpaksa kemana-mana dengan berkerusi roda.

Mesra disapa Kimi, anak kedua daripada tiga beradik itu sendiri tidak menyangka diberikan peluang mewakili Malaysia untuk pertandingan Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia 2022 di Rosarito, Mexico.

Dalam temu bualnya dengan Astro Awani, Kimi menyifatkan peluang ini sebagai platform membuktikan golongan istimewa juga mampu menyahut cabaran sama seperti individu normal.

Facebook: Miss Wheelchair World

 

Facebook: Miss Wheelchair World

 

Facebook: Miss Wheelchair World

 

“Perjalanan saya ke Mexico bakal mengambil masa lebih 20 jam sebelum tiba di sana. Cabaran saya sudah bermula memandangkan pergerakan saya amat terhad, tidak mengapa…demi Malaysia, saya sanggup lakukannya.

Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam pertandingan ratu cantik berkerusi roda peringkat dunia. Sebelum ini saya pernah memenangi gelaran Wheelchair Queen Malaysia 2018 sekali gus melayakkan saya untuk menyertai di peringkat dunia pula.” Kimi

 

LUMPUH

Menyingkap tabir gelap yang menimpa Kimi pada tahun 2008, beliau yang pada asalnya normal terlibat dalam sebuah insiden menyayat hati.

“Kerusi roda merupakan ‘sahabat’ sejak usia 18 tahun lagi. Pada awalnya sukar untuk saya terima kerana terpaksa bergantung kepada kerusi roda sepanjang hidup tetapi sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya bersemangat melalui hari mendatang.

 

Saya terlibat dalam insiden langgar lari ketika tinggal di Singapura yang menyebabkan saya lumpuh. Selepas kejadian saya berpindah ke Kuala Lumpur bersama keluarga dan mulakan hidup baharu di sini.

Saya juga baru sahaja tamat pengajian di bawah program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan akan meneruskan karier sebagai usahawan sosial.”

Kini Kimi masih menuntut di Wawasan Open Universiti dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi.

 

PERJUANGAN

Mahu terus memberi inspirasi dan membuktikan bahawa OKU juga mampu berjaya, Kimi tekad mahu mengharumkan nama Malaysia di Mexico.

Beliau memohon rakyat Malaysia mendoakannya agar diberi kesihatan baik dan dilancarkan perjalanannya di Mexico kelak.

 

“Perjalanan saya ke Mexico bakal mengambil masa lebih 20 jam sebelum tiba di sana. Cabaran saya sudah bermula memandangkan pergerakan saya amat terhad, tidak mengapa…demi Malaysia, saya sanggup lakukannya.

Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam pertandingan ratu cantik berkerusi roda peringkat dunia. Sebelum ini saya pernah memenangi gelaran Wheelchair Queen Malaysia 2018 sekali gus melayakkan saya untuk menyertai di peringkat dunia pula.” Kimi

 

Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia 2022 diwakili 27 wanita golongan istimewa dari seluruh dunia dalam usaha untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan kurang upaya.

Acara ini bakal berlangsung bermula 23 hingga 29 Oktober dan Kimi dijangka pulang ke tanah air pada 2 November depan.

Penyertaan Kimi turut mendapat sokongan dari badan bukan Kerajaan (NGO), Helping Hands Society yang menaja kos perjalanan Kimi ke negara itu.

Semoga berjaya Kimi!

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

Share
Published by
Norzalina