Ubi bit sememangnya tidak popular di dalam masyarakat Melayu kerana ia jarang digunakan di dalam masakan. Tetapi bagi hidangan barat, ia sering digunakan di dalam hidangan salad mahupun dijadikan minuman.

IKLAN

Walaupun PAHIT, Khasiat UBI BIT MERAH  Baik Untuk Kesihatan jantung.

Ubi bit merah terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Kini, ia boleh didapati dengan mudah di pasaran. Selain dibuat jus, ia oleh direbus sebentar untuk dicampur ke dalam salad, atau dibuat puri untuk sup, dan lain-lain lagi.

Walaupun PAHIT, Khasiat UBI BIT MERAH  Baik Untuk Kesihatan jantung.Walaupun rasanya agak pahit, tetapi apabila ia dicampurkan ke dalam minuman ataupun salad, ia mempunyai kombinasi rasa yang enak selain ia baik untuk kesihatan. Benarlah kata pepatah, setiap apa yang pahit itu adalah ubat atau penawar!

Walaupun PAHIT, Khasiat UBI BIT MERAH  Baik Untuk Kesihatan jantung.
Campurkan ubi bit ke dalam salad.Ia menambahkan rasa kerana rasanya yang agak pahit memberi keseimbangan kepada salad. Must try!

Ubi bit kaya akan karbohidrat ( dalam bentuk gula dengan sedikit kandungan protein dan lemak) , yang mudah menjadi energi serta zat besi yang membantu darah mengangkut oksigen ke otak. Bit berwarna merah, warna ini disebabkan oleh gabungan pigmen ungu betasianin dan pigmen kuning betasantin. Walaupun mengandung karbohidrat, namun kalorinya rendah.

Walaupun PAHIT, Khasiat UBI BIT MERAH  Baik Untuk Kesihatan jantung.
Para pakar daripada United Kingdom dan Amerika Serikat menyarankan pesakit hipertensi untuk minum 500 ml jus bit setiap hari. Telah terbukti secara nyata minum jus umbi bit ini mampu membantu menurunkan hipertensi . Kandungan nitrat yang juga terdapat pada sayuran berdaun hijau, menurunkan tekanan darah.

Banyak sekali khasiat dan kebaikan ubi bit merah ini. Antaranya adalah untuk mengatasi tekanan darah tinggi dan menyihatkan jantung. Para pakar daripada United Kingdom dan Amerika Serikat menyarankan pesakit hipertensi untuk minum 500 ml jus bit setiap hari. Telah terbukti secara nyata minum jus umbi bit ini mampu membantu menurunkan hipertensi. Kandungan nitrat yang juga terdapat pada sayuran berdaun hijau, menurunkan tekanan darah.

IKLAN

Walaupun PAHIT, Khasiat UBI BIT MERAH  Baik Untuk Kesihatan jantung.
Menurut Prof. Amrita Ahluwalia dari Barts & London School of Medicine, mendapati bahawa minum jus bit serta sayuran lain yang kaya akan kandungan nitrat akan memelihara kesihatan jantung. Hasil percubaan yang dijalankan, tekanan darah menurun dalam waktu 1 jam setelah minum jus ubi bit.
Jadi, bagi pesakit darah tinggi, apa kata anda cuba. Tidak salah anda cuba kan?

IKLAN
Walaupun PAHIT, Khasiat UBI BIT MERAH  Baik Untuk Kesihatan jantung.
Smoothie Ubi Merah

JUS UBI BIT MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji oren saiz sederhana
1 biji epal
1 batang lobak merah saiz sederhana
1 biji ubi bit merah saiz besar
2.5cm halia

CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit oren, buang biji dan potong kasar.
2.Epal juga dibuang biji dan potong kasar. Kupas kulit lobak merah dan potong kasar.
3.Kupas kulit halia dan hiris. Kupas ubi bit merah dan potong kasar.
4.Kemudian satukan kesemua buah-buahan tadi di dalam pengisar buah-buahan. Kisar hingga halus. Tambah sedikit air jika perlu.
5.Sedia dihidangkan.

Info :Boleh ditambah dengan kiub ais jika inginkan jus itu sejuk. Tambahkan sedikit madu kerana ubi bit ini sedikit pahit.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI