Ada yang merindui dengan suara jeritan tagline ‘Bersama saya Sheila Rusly Dalam Ketuk-Ketuk Ramadan.’ Setiap kali tibanya Ramadan, pasti ramai yang menantikan resipi baru yang bakal dikongsi oleh Shila Rusly dan tetamunya. Sayangnya, tahun ini tiada lagi…

“Ramai yang meminta-meminta dan bercakap, Ketuk-Ketuk Ramadan itu antara rancangan yang memeriahkan suasana di bulan puasa, mesti ada dan sangat dinantikan.

Ads

Alhamdulillah, saya berterima kasih atas sokongan semua dan saya amat bersyukur dengan pencapaian terbaik Ketuk-Ketuk Ramadan yang selama ini mampu meninggalkan kesan kepada semua masyarakat, terutama di bulan Ramadan.

Namun, tahun lepas saya dah umumkan Ketuk-Ketuk Ramadan berakhir pada musim ke-15 dan tidak akan diteruskan lagi. Saya rasa program itu sudah terlalu lama dan percaya, ini adalah masa yang tepat untuk saya meletakkan noktahnya.

Walaupun Tanpa Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Teruja Opah Aminah Jadi Perhatian Ramai

Tiadanya rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan bukan bermakna saya berhenti untuk berkongsi segala resipi dengan semua peminat. Sekarang saya menggunakan media sosial, platform YouTube channel untuk berkongsi resipi yang saya tahu untuk semua.  Dan alhamdulillah, my YouTube channel pun ramai yang dah subscribe.

Bertepatan pula dengan keadaan PKP kita sekarang, saya rasa bersyukur sangat-sangat bila saya tidak meneruskan Ketuk-Ketuk Ramadan untuk tahun 2020, mungkin kalau dilaksanakan recording akan terganggu atau terhenti. Untuk itu, saya mengambil kesempatan di musim PKP berkongsi resipi masak bersama Sheila Rusly di YouTube.

Bila kita duduk di rumah mungkin tidak ada banyak benda yang boleh dibuat selain, memasak. Bagi yang baru nak belajar memasak, boleh ke channel masakan saya. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dan mendapat sambutan yang baik.”

Bagaimana dengan perniagaan restoran di bulan Ramadan, “Bercakap tentang Restoran The Dim Sum Place KL, kita buka di bulan Ramadan tetapi hanya untuk delivery dan take away sahaja bagi menghormati keputusan kerajaan untuk patuhi undang-undang PKP.

So, siapa yang nak makan Dim Sum bulan Ramadan ini boleh terus call, buat pesanan secara delivery atau take away,” jelas Sheila Rusly yang baru pulang kembali ke Kuala Lumpur setelah selesai semua urusan jenazah arwah ayah mertua di sana.

Walaupun Tanpa Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Teruja Opah Aminah Jadi Perhatian Ramai

Ads

“10 hari saya di Ipoh dan baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur kerana banyak tanggungjawab kerja yang perlu diselesaikan di sini. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan perjalanan kami sekeluarga.

Buat masa sekarang, saya masih lagi bersama Maggi Malaysia dan jika dilihat banyak posting-posting di sosial media Sheila Rusly. Pada masa yang sama, drama Bukan Gadis Biasa pun siap on time. Itu satu-satunya drama saya untuk Ramadan ini. Alhamdulillah telah mendapat tempat di hati penonton. Saya rasa Ramadan 2020 ini sangat bermakna buat saya dan amat bersyukur dengan semuanya, alhamdulillah.”

Berniaga, memasak dan berlakon, Sheila Rusly punya superpower hebat! Watak Opah Aminah menjadi bualan masyarakat di sosial media sekarang. “Saya dalam industri ini lebih daripada 35 tahun. Banyak watak yang diberi tetapi semuanya karakter yang pernah saya bawa sebelum ini. Jadi untuk kali ini, buat drama yang dipertontonkan untuk Ramadan saya memilih watak yang luar dari kebiasaan saya.

Last season Ramadan, saya berlakon watak jadi bisu tetapi jahat. Sesuatu yang berbeza orang tidak pernah lihat Sheila Rusly bawa watak tersebut. Dan di Malaysia kalau selalunya cerita orang bisu biasanya baik dan kena tindas. Saya terbalikkan watak tersebut untuk memberi kelainan.

Ads

Walaupun Tanpa Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly Teruja Opah Aminah Jadi Perhatian Ramai

Untuk tahun ini, saya ingin watak yang lebih mencabar bakat lakonan saya. Alhamdulillah, pihak TV3 setuju dengan keputusan saya untuk bawa watak Opah Aminah. Dan saya berjanji kepada mereka, bila saya nak jadi tua saya mahu guna special effect bukan sekadar solekan biasa orang tua.

Itulah jadinya Opah Aminah walaupun mungkin tidak nampak sempurna, ia bersesuaian untuk drama bukan filem. Tapi alhamdulillah, ramai yang boleh terima sampai ada yang tidak kenal itu Sheila Rusly dan saya gembira kerana bila berlakon memang saya nak orang nampak Opah Aminah bukan diri saya.

Ya! Watak tersebut mendapat kecaman yang teruk. Tapi saya percaya, sama ada baik atau buruk ia tetap satu publisiti yang baik untuk saya.

Saya bersyukur sangat kepada Allah SWT, tahun 2020 segala yang saya rancang semuanya dipermudahkan untuk semua perniagaan saya. Ini bukan bermaksud saya untung banyak, tidak.

Ia jauh berbeza dengan keadaan sebelum ini tetapi saya sentiasa bersyukur dan bersangka baik kepada Allah kerana mungkin ada hikmah terbaik yang akan Allah diberikan kepada diri saya atau orang lain. Jadi kita harus terus bersabar,” bicara akhir Sheila Rusly.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI