“Walid & Ibu Doakan Kamu Berdua,” DATIN AIDA & DATO’ ADI PUTRA Rai Hari Lahir 2 Puteri Tersayang!

Bertuahnya dua anak kesayangan Datin Aida Yusof dan Dato’ Adi Putra! Hanya beza usia sebulan, kedua-dua puteri tersayang iaitu Az Zahra dan Zara Adelia diraikan penuh meriah oleh pasangan selebriti tersebut sempena ulang tahun kelahiran mereka yang ke-10.

Lebih bermakna, meskipun mereka berdua merupakan anak angkat kepada pasangan romantis berkenaan namun Datin Aida mahupun Dato’ Adi Putra tidak pernah membeza-bezakan Zahra dan Adelia.

Berkongsi momen indah sambutan ulang tahun kelahiran tersebut, Datin Aida yang juga Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd menitip ucapan terbaik buat kedua-dua puteri kesayangan.

Koleksi foto Majalah Nona
Credit Instagram @adpaidaputra
Credit Instagram @adpaidaputra

“Selamat Hari Lahir anakku Az Zahra 22.09.2022 dan Zara Adelia 18.10.2022 (10 tahun). Walid dan ibu mendoakan kamu berdua.

Semoga Allah SWT melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.”

Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Datin Aida mendedahkan dia pernah menjalani prosedur IVF sebanyak empat kali namun masih belum diizinkan untuk timang cahaya mata sendiri. Dia bagaimana pun reda dengan takdir berkenaan.

Credit Instagram @adpaidaputra
Credit Instagram @adpaidaputra
Credit Instagram @adpaidaputra

“Saya percaya kalau ditakdirkan tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.

Alhamdulillah, saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.

Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.

Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, kami dapat tahu keistimewaan Adelia masa masih bayi apabila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” luah Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.

Share
Published by
Suzi