Dulunya bangunan ini merupakan stesen janakuasa elektrik yang penting di London sebelum operasinya ditamatkan pada tahun 1983. Hari ini, Battersea Power Station (BPS) ‘bernafas’ semula sebagai sebuah mercu tanda ikonik terbaharu – bangunan bersejarah, destinasi beli-belah, pusat seni budaya serta tumpuan warga London dan pelancong seluruh dunia.
Terletak di tebing selatan Sungai Thames, stesen janakuasa elektrik arang batu Battersea Power Station dibangunkan oleh London Power Company (LPC). Konstruksi stesen A bermula pada tahun 1929, sementara stesen B hanya mula dibina pada tahun 1945.
Dengan struktur ikonik empat serombong asap, kedua-dua stesen janakuasa itu melakar sejarah sebagai salah satu bangunan batu-bata terbesar di dunia.
Selepas diambil alih oleh Malaysia, bangunan tinggalan sejarah ini dibangunkan semula menjadi unit kediaman, unit pejabat, lot kedai, restoran serta ruang hiburan dan riadah.
Paling penting nama Malaysia dan wang KWSP kita terpahat di sana. Projek BPS dibangunkan menerusi pelaburan Sime Darby Property Bhd, S P Setia Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan nilai keseluruhan pembangunan kasar (GDV) £9 bilion (RM46.41 bilion).
KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijemput khas untuk menyempurnakan pembukaan rasmi BPS dengan menghidupkan semula kuasa secara simbolik di Dewan Turbin A, yang tidak aktif selama lebih 30 tahun. Membanggakan!
FAKTA MENARIK
Dirasmikan pada 14 Oktober 2022, pembukaan semula BPS nyata turut menggembirakan warga London yang menghargai nilai sejarah pada bangunan ini.
Jom saksikan sendiri kemeriahan perasmian BPS, memang meriah sakan…
This website uses cookies.