Kisah perbicaraan kes Johhny Depp terhadap fitnah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Amber Heard mendapat perhatian seluruh dunia.
Selama enam minggu perbicaraan berlangsung akhirnya juri telah memihak kepada pelakon filem Pirates of the Caribbean yang membawakan watak Jack Sparrow itu dengan memenangi kes saman tersebut.
Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Virginia telah mengarahkan Amber Heard membayar ganti rugi kepada Johnny Depp sebanyak AS$ 15 juta (kira-kira RM65 juta). Johnny Depp dan Amber Heard yang juga pelakon filem Aquaman telah berkahwin pada Februari 2015 dan berpisah pada tahun 2017.
Sepanjang berbicaraan dan sebaik usai kemenangan pelakon utama filem Edward Scissorhands ini terhadap bekas isterinya itu, namanya begitu melonjak.
Ramai yang menyokong Johhny Depp dengan melihat semula semua filem lakonannya juga sebagai tanda sokongan. Apa yang lebih menarik lagi penyokongnya telah membeli minyak wangi Dior Sauvage Fragrance kerana Johhny Depp adalah duta minyak wangi tersebut.
Di saat Disney menggugurkan nama Johnny Depp dalam filem terbitan mereka Dior pula telah mengambil risiko mengambilnya sebagai duta minyak wangi Dior Sauvage.
Nampaknya percaturan mereka berjaya apabila di sepanjang perbicaraan berlangsung setiap 3 saat minyak wangi laris terjual. Laku keras sungguh! Dikatakan jualan mencecah sehingga USD$4.5 million sehari. Hebat sungguh!
Sumber: www.hungertv.com
This website uses cookies.