Golongan lelaki tua dikatakan semakin mendapat perhatian golongan wanita masa kini yang menyifatkan mereka memiliki sifat yang lebih matang dan berkemampuan. Setiap orang mempunyai hak untuk menentukan hidup masing-masing termasuklah dalam soal jodoh. Tak kisah lah tua, muda, kaya atau miskin sekali pun, kalau itu pilihan dan jodoh kita, harus terima seadanya. Biarlah apa orang nak kata, kerana mereka tidak berada di tempat kita.
Ads
Majlis perkahwinan yang bakal diadakan oleh Andi Sulfaidah, 30 (pengantin perempuan) dan Alwi Daeng Makkelo,70 (pengantin lelaki) menjadi bualan hangat di Bone, Indonesia. Bukan saja berkahwin dengan jarak usia yang jauh, nilai hantaran yang diberikan daripada Alwi kepada bakal isterinya, Andi juga menjadi sebutan.
Di majlis pertunangan mereka, Alwi yang berstatus duda tiga orang anak, memberi hantaran-hantaran yang mewah kepada wanita kesayangannya itu, iaitu sebuah kereta Honda, sebuah rumah atas nama Andi, barang kemas dan wang tunai Rp200 juta yang lebih kurang bersamaan dengan RM60,000! Wow, kalau total kan semua nilai barang hantaran yang diterima mahu dekat RM300,000!
“Ya, betul. Ada warga di Kecamatan Cina yang mengesahkan maharnya kelmarin dan majlis akad nikah akan diadakan pada 19 Ogos ini”, kata pendaftar pernikahan di Kecamatan Cina, Bone, Indonesia, kepada detikcom.
Menurut sumber, lamaran telah dibuat pada 8 Ogos di Dusun Bulu Tua, Bone dan pihak pengantin lelaki juga telah mencapai kata sepakat dengan keluarga pengantin lelaki berkenaan hantaran. Kesemua hantaran tersebut juga telah diserahkan dan sah menjadi hak milik pengantin perempuan itu. Alwi merupakan pengusaha dalam bidang hartanah dan mempunyai syarikat sendiri di Indonesia dan Andi merupakan salah seorang pekerja di syarikatnya.
Ads
Ads
Anak pertama Alwi, Harvana Alwi merupakan seorang doktor dan semua anaknya turut merestui hubungan bapa mereka bersama wanita tersebut. Oh, rupa-rupanya, keluarga Alwi juga bukan daripada golongan yang biasa-biasa. Memiliki perniagaan sendiri dan anak-anak pun bijak serta cantik pula tu. Diharapkan ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini berkekalan.
sumber: detikcom
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim disifatkan seorang bapa penyayang dan suami yang baik serta setia. Bakat dan prestasi membanggakan bintang bola sepak tanah air ini setiap kali beraksi di padang mendapat perhatian ramai dan meraih pujian peminat sukan negara.
Tidak sekadar hebat di padang dan karier sukan yang semakin menyerlah, Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim turut memiliki pesona ‘family man’ yang menyenangkan.
Lebih mesra disapa sebagai Mickey, pemain kelab bola sepak Selangor berusia 26 tahun ini juga merupakan bintang skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya.
Menerusi perkongsian Faisal di media sosial miliknya jelas terserlah sisi bapa penyayang. Setiap kali selesai latihan mahupun perlawanan di dalam dan luar negara, dia pasti akan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Faisal turut terbuka melahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap isteri tercinta kerana sentiasa setia menjadi tulang belakangnya.
Dalam temu bual bersama Era FM, tanpa berselindung dia menitipkan rasa gembira.
“Selama lima tahun berumah tangga, isteri sangat memahami jadual saya walau kurang masa bersama keluarga, dia tetap support saya. Ketika nama saya tengah diangkat pun dia tak berlagak. Itu yang saya suka tentang isteri saya.
Terima kasih kerana selalu doakan daddy dan memberi semangat untuk daddy berjuang. Begitu juga mak ayah dan abang yang selalu support.”
Faisal Halim mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Norsyazwani. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan berusia empat tahun.
Baru-baru ini Faisal menjadi tumpuan masyarakat selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan akibat disimbah asid sulfurik pekat.
Disebabkan insiden itu, Faisal disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya dan kecederaan di badannya juga agak kritikal.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah zahirkan kebimbangan baginda tentang penularan penyakit berjangkit yang terbaharu iaitu wabak cacar monyet.
Walaupun kes jangkitan COVID-19 semakin berkurang dan negara sudah mengumumkan aliran fasa pandemik kepada endemik namun penularan wabak baharu ini semakin membimbangkan.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah zahirkan kebimbangan baginda ketika berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Syawal Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Aktiviti UIAM.
“Walaupun kita dah beralih dari fasa pandemik ke endemik, namun masih ada lagi penyakit lain, jadi menjadi tanggungjawab untuk kita menjaga diri sendiri,” titah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam ucapan ringkas selepas merasmikan Klini Sejahtera UIAM.
Baginda juga turut menyeru orang ramai supaya lebih peka dengan situasi semasa dan pada masa yang sama sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya kanak-kanak.
Sebagai info, cacar monyet adalah disebabkan oleh jangkitan ‘orthopoxviruses’ dan virus itu dijangkiti kepada manusia melalui gigitan (haiwan yang dijangkiti) atau sentuhan langsung dengan yang dijangkiti.
Virus cacar monyet telah menyerang beberapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama kecantikan yang tidak perlu diperkenalkan lagi, L’occitane dari Perancis telah memberi nafas baharu kepada butiknya yang terletak di Mid Valley Megamall.
Warna kuning dapat dilihat menguasai keseluruhan concept store dan konsep yang telah diperkemas ini lebih mesra dengan kecantikan ruang kediaman Provence yang sebenar.
Buat wanita Malaysia yang sukakan alam semula jadi, 3 sebab ini memang Nona rasa akan buat anda teruja nak ke sini. Jom tengok!
Memiliki keluasan seluas 592 kaki persegi, butik ini turut menerapkan ciri-ciri kecantikan dalam suasana yang terang dan bersinar. Umpama The Golden Yellow Sunshine yang bakal menjadi signature kepada jenama ini seterusnya.
Susun atur concept store ini telah diperbaharui untuk memudahkan pelanggan membuat pemilihan dan perbandingan mengikut jenis kulit.
(1) Happy Hands Station
Kunjungan pelanggan akan disambut dengan Happy Hands Station iaitu stesen khas untuk memelihara kecantikan tangan.
Of course apa saja yang berlaku dalam hidup kita bermula daripada tangan. Jadi konsep Happy Hands Station ini membenarkan anda membelai sendiri kulit tangan dengan produk L’Occitane. Terdapat juga kemudahan air yang mengalir untuk menyempurnakan setiap step yang sepatutnya.
(2) Rundingan Tentang Produk & Kecantikan
Terdapat juga ruangan paparan dwi muka dan rak melekat pada dinding yang memaparkan produk penjagaan mengikut kelasnya yang tersendiri. Pakar kecantikan yang berpengalaman boleh memberi khidmat rundingan jika terdapat sebarang kemusykilan tentang penggunaan produk mahupun mengenal pasti jenis kulit pelanggan.
Di suatu sudut, sebuah rak menanti pelanggan yang mahu menikmati keharuman yang ditawarkan oleh L’occitane. Aroma bunga-bungaan penuh pesona pasti memikat deria dengan rasanya yang nyaman menggoda.
(3) Perkhidmatan Membungkus Hadiah
Selain itu, anda boleh juga menggunakan perkhidmatan bungkusan hadiah jika mahu menghulurkan bingkisan buat yang tersayang atau boleh sahaja memilih bingkisan yang sedia ada.
Jadi mudahlah kalau datang sini untuk cari hadiah! Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...