Wanita 58 Tahun Tercantik Di Dunia, ELIZABETH HURLEY Pakai Pelembap 10 Kali Sehari

Persis bidadari, cantik dan sempurna untuk wanita seusianya, daya penarik Elizabeth Hurley pada usia 58 tahun jadi perhatian dunia. Jika kebanyakan yang lain sudah mula ditandai garis keriput dan kekeringan kulit, aktres Inggeris yang turut merupakan pereka baju bikini itu kekal awet muda berkat amalan memakai pelembap 10 kali sehari.

Menatap laman media sosial pelakon filem Austin Powers ini, banyak hantaran foto-foto Elizabeth Hurley yang dibiarkan polos tanpa solekan. Kulitnya yang mulus, tampak sihat dan berseri tanpa kedutan. Padahal usianya sudah hampir mencecah 60 tahun.

Rupanya ada beberapa perawatan yang dilakukan Elizabeth setiap hari untuk menjaga kecantikan kulit. Menurut kumparanWoman

, ini antara amalan yang terbukti berkesan untuk wanita.

 

Instagram @elizabethhurley1

 

Instagram @elizabethhurley1

 

Instagram @elizabethhurley1

 

Instagram @elizabethhurley1

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/wajah-awet-muda-sherie-merlis-tak-mamah-usia-walau-50-tahun-ibu-4-anak/

 

Baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-58 pada 10 Jun lalu, aktres jelita asal Hampshire, England dengan nama penuh Elizabeth Jane Hurley ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sinonim dengan jenama kecantikan antarabangsa, Estee Lauder, beliau kerap tampil memperjuangkan pelbagai kempen kesihatan dan hak asasi berkaitan wanita di bawah syarikat tersebut. Antaranya Kempen Kesedaran Kanser Payudara Estee Lauder.

Tidak sekadar bijak dan awet muda, ibu anak satu – Damian Hurley – ini juga berjiwa usahawan. Beliau mempunyai jenama pakaian renang sendiri yang dinamakan Elizabeth Hurley Beach.

Paling mengujakan, beliau sendiri adalah model untuk bikini yang direkanya. Bayangkan tubuh badan wanita berusia 58 tahun tapi tetap segak dan ramping, persis gadis 20-an!

 

Minum Air Putih

Menjaga kesihatan kulit harus dimulakan dari dalam tubuh. Kerana itu Elizabeth rajin meminum air putih malah melalui perkongsiannya di Daily Mail, beliau berkongsi amalan minum dua cawan air suam setiap pagi.

 

 

Sapu Pelembap 10 Kali Sehari

Menurut Women’s Health, pelakon siri Gossip Girl ini juga rajin menggunakan krim pelembap atau moisturiser untuk kesihatan kulit. Beliau melembapkan kulit hingga 10 kali sehari termasuk di bahagian leher agar kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

“Saya melembapkan wajah saya sekitar 6 kali sehari dan leher saya sekitar 10 kali sehari. Ia rahsia kulit bersinar.” Elizabeth Hurley

 

 

Hindari Makanan Proses

Wanita Inggeris ini sangat menitik beratkan soal diet. Beliau percaya bahawa apa yang dimakan akan mempengaruhi penampilan kulitnya. Kerana itu beliau hanya menikmati makanan segar, bukan yang diproses atau mengandungi bahan pengawet.

“Saya suka makanan yang sederhana, semula jadi dan mudah. Saya kurang gemar makanan tinggi bahan kimia atau zat tambahan. Kebanyakan sayuran yang dimakan ditanam secara lokal. Begitu juga daging.” Elizabeth Hurley, The Cut

 

Istirahat Secukupnya

Ibu anak satu itu juga sangat mementingkan waktu istirahat dan tidur yang cukup untuk menjaga kulit.

“Saya sangat memahami tubuh saya, bila waktunya untuk istirahat. Saya juga mengimbangi kesihatan dengan makanan sihat dan tidak merokok.” Elizabeth Hurley

Share
Published by
Norzalina