Penghinaan terhadap wanita ketika zaman jahiliah terbela setelah kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jika bayi yang baru dilahirkan adalah perempuan, sudah pasti bayi tersebut akan ditanam hidup-hidup oleh golongan jahiliah.
Namun, di dalam Islam wanita sangat dimuliakan kerana memang wanita seorang insan yang istimewa dan unik. Di dalam Al-Quran sendiri banyak menceritakan tentang hukum yang dikhususkan untuk wanita. Kasih sayang Allah SWT melimpah ruah sehingga terdapat satu surah yang menjurus hanya kepada wanita iaitu Surah An-Nisa.
Terdapat pelbagai persoalan dapat dirungkaikan melalui ayat-ayat di dalam Al-Quran seperti;
Sama dalam Asal Ciptaannya.
Ketika menciptakan manusia, Allah SWT sama sekali tidak membezakan asal ciptaan lelaki dan wanita. Wanita tidak pernah dijadikan nombor dua. Allah berfirman:
“Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah Menciptakan kamu dari diri yang satu, dan (Allah) Menciptakan pasangannya darinya.” (QS. An-Nisa’ 1)
Berhak mendapat warisan
Wanita berhak mendapat warisan sebagaimana lelaki. Allah SWT berfirman:
“Bagi orang lelaki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan.” (QS. An-Nisa’ [4]: 7)
Memberikan kemuliaan khusus ketika sudah menjadi seorang ibu
Islam memerintahkan agar berbuat baik kepada seorang ibu, dengan membantu, mengagungkan, mendoakan kebaikan, menjaga dari segala gangguan, dan anjuran bergaul sebaik mungkin kepadanya. Allah SWT berfirman:
“Dan Allah telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan mu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah diri mu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil
.” (QS. al-Isra’ [17]: 23-24)Lelaki dan wanita memiliki kemuliaan yang sama Lelaki dan wanita memiliki kemuliaan yang sama cuma yang membezakan adalah ketakwaan. Allah SWT berfirman:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al-Hujurat [49]: 13).
Hak wanita kepada harta pusaka
Berbicara tentang penerimaan harta pusaka, wanita juga berhak menerimanya sebagaimana, Allah SWT berfirman:
“Allah mensyariatkan bagi mu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta.” (QS. An Nisa’: 11).
This website uses cookies.