Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
Sumber Video: Facebook Siti Nurhaliza
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan tekanan. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Untuk rekod, menerusi laman sosial miliknya Siti berhasrat untuk berkongsi bersama peminat berkenaan cara bagaimana dia menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan, menerusi sebuah slot perkongsian dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram CTDK
This website uses cookies.