Jarang-jarang kita dengar pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa. Lebih-lebih lagi anak yang dibunuh itu merupakan anak bongsu yang selama ini baik dan juga antara tunggak utama keluarga.  Kemuliaan hati wanita bernama Rukeya Abdul Mutakallim, 66 sangat meruntun hati dan mengundang air mata buat juri serta media yang hadir di mahkamah.

Ads
Wanita Ini Bukan Sahaja Memaafkan Pembunuh Anaknya Malahan Mahu Menjadi Sebahagian Daripada Hidup Pembunuh Tersebut
Rukeya memeluk Javon dan memberi nasihat kepadanya

Dalam kejadian yang berlaku pada 28 Jun 2015 di South Cumminsville, Cinccinnati,Ohio di bawah jejambat jalan raya,Suliman Abdul Mutakallim berusia 39 tahun merupakan seorang pesara tentera laut sedang dalam perjalanan pulang dari restoran sambil membawa bungkusan makanan apabila di tahan oleh tiga penjenayah.

Polis menegaskan dari rakaman video Javon bertindak mengambil wang dari poket seluar Sulaiman yang ketika itu berada dalam keadaan terbaring selepas menembaknya dan kemudian menyerahkan wang tersebut kepada rakan subahatnya.Namun hanya dua sahaja yang berjaya ditangkap. Dua penjenayah tersebut ialah Javon dan Valentino Pettis masing-masing berusia 14 dan 17 tahun ketika kejadian pada tahun 2015. Mereka beredar dari lokasi kejadian meninggalkan Sulaiman yang terbaring berlumuran darah.

KEMAAFAN

Rukiye yang merupakan wanita berasal dari North carolina, Amerika Syarikat merupakan seorang muslim sejati yang mengikut ajaran Islam dengan baik selepas memeluk agama itu ketika masih di alam remaja. Dalam satu temubual wanita ini menceritakan bagaimana dia berada di sebelah anaknya yang sedang nazak di Pusat Perubatan Universiti Cincinnati dan dia memegang tangan anaknya heingga nafas terakhir.

Wanita Ini Bukan Sahaja Memaafkan Pembunuh Anaknya Malahan Mahu Menjadi Sebahagian Daripada Hidup Pembunuh Tersebut
Rukeya memegang gambar allahyarham anaknya yang lengkap berpakaian tentera laut Amerika Syarikat

Dua tahun selepas kematian sewaktu pendengaran semula kes, Rukiye memohon kepada hakim untuk memeluk Javon yang telah mengaku bersalah ke atas tuduhan membunuh. Tindakan Rukiye ini untuk membuktikan bahawa dia mampu melihat Javon lebih dari sekadar pembunuh anaknya dan mahu membantu Javon menjadi lebih baik. Dia juga bersumpah untuk membantu pembunuh anaknya itu mendapatkan kehidupan yang baik

Ads

“Kematian anak saya sudah ditentukan oleh Allah SWT, mungkin kematiannya adalah untuk mengubah kehidupan anda,” tutur wanita itu kepada Javon.

Ads

Tambahnya lagi kepada wartawan, “Lelaki-lelaki muda ini walaupun mereka mengambil nyawa anak saya, kita perlu berjuang untuk mereka. kerana nanti mereka akan keluar dari penjara dan ketika itu mereka sudah tua. Kalau tiada orang yang mendorong mereka untuk melakukan kebaikan ‘penyakit’ ini akan kembali dan peristiwa sama akan berulang dan kemungkinan mereka akan mengambil nyawa oarang lain dan kemudian nyawa mereka sendiri. Kita harus berjuang untuk mereka agar mereka mampu melihat bahawa ada sesuatu yang lebih baik di dalam kehidupan”

Jom dengar ucapan wanita ini hebat ini kepada pembunuh anaknya,

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI