Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumuman pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
This website uses cookies.