
Sebagai permulaan, aspek penjagaan diri perlu diberi penekanan terlebih dahulu. Setelah tubuh bebas daripada pencemaran bau, barulah anda sesuai menggunakan perfume.
Pun begitu, lambakan pelbagai jenama dan label di pasaran menimbulkan kekeliruan yang akhirnya membuatkan anda tersilap memilih. Jadi, apa kata anda semak panduan berikut sebelum membuat pembelian pewangi kesukaan.
(a) Tengah hari waktu tepat mencuba
Jika anda ingin membeli minyak wangi, waktu terbaik yang dicadangkan adalah pada waktu tengah hari. Ini kerana deria bau manusia berada di kemuncak pada waktu berkenaan. Oleh demikian, dapatlah anda memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai.
(b) Kenal pasti pewangi sesuai
Bahan-bahan yang terkandung dalam setiap wangian lelaki adalah tidak sama. Tindak balas kimia setiap pewangi juga berbeza mengikut jenis mahupun jenama. Contohnya:
Eau de toilette (EDT)
Wangian ini mempunyai 4-8% wangian tulen. Sembur wangian ini saat anda menghadiri majlis eksklusif mahupun tatkala bersantai kerana ia mampu bertahan untuk tempoh yang agak lama.
Cologne
Berbeza daripada EDT, cologne boleh disemburkan setiap hari sebagai wangian penyegar badan. Hanya mengandungi 2-5% wangian tulen sahaja.

(c) Elak campur haruman
Hidung anda tidak boleh menilai bau pewangi dengan menghidu terlalu banyak wangian. Bagi mengelakkan anda tersalah memilih haruman yang sesuai, hadkan untuk mencuba dua atau tiga minyak wangi sahaja. Kemudian, pilih salah satu minyak wangi yang dirasakan sesuai dengan karakter anda.
(d) Usah sapu wangian di pergelangan tangan
Seelok-eloknya, elakkan mencuba minyak wangi di kaunter dengan cara menggosok kedua-dua pergelangan tangan. Ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Apa yang perlu anda lakukan, biarkan ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
Tip Aroma Kekal
- Minyak wangi akan tahan lebih lama pada kulit lembap atau berminyak berbanding kulit kering.
- Semburkan pewangi selepas mandi. Ini kerana liang pori terbuka berada dalam keadaan segar dan mudah meresap masuk ke kulit.
- Jangan letakkan pewangi anda pada suhu terlalu sejuk, kering dan panas. Jangka hayat setiap wangian tidak sama. Jika disimpan dengan betul ia boleh bertahan sehingga lima tahun.
- Elakkan berada di bawah cahaya matahari terik untuk tempoh yang lama. Wangian akan hilang sedikit demi sedikit dan mungkin akan menghasilkan bau yang berbeza apabila berpeluh. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Tidak hanya bersandarkan pada wajah yang cantik semata-mata, kemampuannya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga seorang dermawan yang amat disegani.
Meninggal pada tahun 1993, Hepburn ternyata telah mewariskan kecantikannya pada cucunnya, Emma Kathleen Hepburn Ferrer.
Meskipun Emma tidak sempat berjumpa dengan neneknya, Ferrer membesar dengan baik dan memperoleh atau mewarisi kecantikan Audrey. Sikap lemah lembut dan baik hati yang dimilikinya juga persis neneknya.
Ferrer dilahirkan pada 1994 di Swiss dan telah berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun. Namanya menjulang naik pada tahun 2014 ketika dia mengambil bahagian dalam pemotretan untuk mengenang Hepburn dari mulai gambar paling berkesan dan sejarahnya bersama Harper’z Bazaar.
Mengikuti jejak si nenek, Ferrer juga memiliki komitmen untuk turut menyalurkan bantuan pada pihak memerlukan atas nama kemanusiaan. Ferrer tercatat sebagai duta besar Amerika Serikat untuk UNHCR iaitu organisasi di bawah naungan PBB.
Selain itu, Ferrer juga benar-benar meniru jejak langkah Hepburn untuk bekerja di UNICEF. Tidak hanya bakat seni dan empati yang begitu besar diwariskan pada Ferrer, beberapa barang berharga Hepburn juga turun pada cucu cantiknya tersebut.
Di antara barang bersejarah tersebut ada kasmir Ralph Lauren turtleneck dan kalung hati emas milik Hepburn yang kini diwariskan pada Ferrer.



















