Wanita Kelahiran Pulau Pinang Ini, Rakyat Malaysia Pertama Diiktiraf Sebagai Konsultan Konmari

Fenomena KonMari yang telah dicetuskan oleh Marie Kondo telah melanda seluruh dunia. Rata-rata masyarakat moden memperkatakan tentang wanita kecil molek ini dan memasang impian agar Marie Kondo dapat datang berkunjung kediaman masing-masing dan membantu mereka menyelesaikan masalah mengemas rumah menjadi teratur dan rapi.

Teknik KonMari ini telah diperkenalkan oleh Marie Kondo melalui bukunya yang bertajuk “The Life-Changing Magic of Tyding Up”. Teknik ini semakin terkenal kerana membantu mengatasi masalah penstoran dan kekemasan kediaman yang sering menghantui wanita terutama wanita berkerjaya dan mempunyai anak kecil.

Atas permintaan yang begitu tinggi menyebabkan Marie Kondo terpaksa merekrut konsultan mengemas rumah gaya KonMari. Ini kerana Marie Kondo tidak cukup tangan untuk membantu mereka yang bermasalah untuk mengemas rumah teknik KonMari. Marie Kondo begitu teliti memilih konsultan mengemas rumah gaya KonMari ini dan hanya mereka yang benar-benar layak boleh menganggotai pasukan pakar perunding ruang penyimpan ini.

Paling menguja apabila satu-satunya wanita kelahiran Pulau Pinang telah melayakkan diri menyertai pasukan tersebut daripada 215 orang konsultan . Wanita yang dimaksudkan adalah Shin Low seorang Pakar Nutrisi yang bertugas di Kanada. Shin Low ini dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Namun, hampir separuh daripada kehidupannya dihabiskan di Kanada kerana bekerja di sana. Wanita ini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, Shin Tzu.

Shin Low memang sejak dahulu meminati hiasan dalaman dan mempraktikkan susun atur yang rapi. Namun, selepas melahirkan anak kebanyakan masa ditumpukan untuk membesarkan anak-anak yang mengabaikan tentang susun atur dan kekemasan kediamannya. “Kemudian saya mula rasa depressed dan tidak gembira dengan kehidupan ini,” katanya melalui laman web KonMari.

Kemudian Shin Low mula mempraktikkan gaya Konmari dengan mengikut buku yang telah ditulis oleh Marie Kondo tersebut. Namun, dia tidak berapa berjaya mengikut method yang telah diajar oleh buku tersebut. Apabila Marie Kondo membuka peluang untuk merekrut orang ramai untuk mempelajari tekniknya, Shin telah mendaftarkan diri secara online.

Dikhabarkan peserta perlu membayar yuran penyertaan sebanyak USD2,700 (RM11,000) dan akan dilatih untuk menguasai 7 langkah lipatan KonMari sekali gus 5 kategori penyusunan yang lain. Bukan mudah untuk menjadi konsultan ini kerana setakat ini hanya 215 orang konsultan sahaja yang terpilih dan hanya dua konsultan telah diiktiraf pada peringkat master

iaitu Karin Socci dan Caitlin Roberts.

Kini Shin Low, gembira membantu teman-teman rapat dan pelanggannya menyusun atur rumah dengan teliti dengan teknik KonMari yang dipelajarinya yang mengusahakan perniagaan mengemas rumah melalui laman Instagramnya @simplyjoyfulspace. Dengan penuh rasa cinta atau spark joy terhadap barang-barang peribadi, rumah menjadi kemas dan rapi.

Sumber: https://konmari.com, Foto: Instagram @simplyjoyfulspace

Share
Published by
Hamizatul Maizan