“Wanita Kena Ada Simpanan, Pendapatan Sendiri. Jangan Terlalu Harapkan Duit Suami” -Bekas Guru

Sheila Dewi Mohd Kamal atau Sheila ternyata seorang wanita yang cekal. Di saat perniagaannya sedang berkembang, Sheila diuji keguguran sehingga berlakunya tumpah darah kerana terlalu aktif berniaga. Punca pendapatan Sheila sedikit terjejas.

Ibu tiga anak ini tidak pernah mengalah. Graduan Ijazah Sarjana Muda (Pemasaran Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah ini bijak mencari peluang.

Sheila kini bergelar Leader dan Master Stokis di Midi Rich Enterprise yang menjual produk-produk kesihatan.

“Semasa saya kecil, arwah Mak pernah berniaga sate. Kami sekeluarga membantu Mak berniaga depan rumah. Abah pula bekas askar dan sampai sekarang masih berniaga air batu.

“Kakak sulung saya bekerja sebagai akauntan manakala kakak yang ke-2 ada bisnes servis mengurut selepas bersalin. Adik lelaki pula seorang askar komando.

“Sebelum terlibat dalam bisnes, saya pernah bekerja sebagai guru di sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan.

“Saya mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan PJK untuk Tingkatan 1, 2 dan 3. Selepas berkawin saya mengandung dan terus berhenti kerja kerana hendak menjaga anak.“

MULA BERBISNES
Bagi Sheila, suami merupakan pendorong dan tulang belakang utama. Suaminya jugalah yang mencadangkan untuk dia berbisnes.

“Disebabkan tak nak saya rasa bosan duduk di rumah seleaps berhenti kerja, suami cadangkan saya buat bisnes. Saya terus setuju dan mula belajar buat online business.

“Suami akan ambil alih tugas menjaga anak-anak semasa saya keluar berjumpa team, coaching, meeting, ke HQ dan buat kelas online.

“Adakala suami dan anak-anak akan ikut tetapi selalunya mereka akan tunggu dalam kereta saja atau suami akan bawa anak-anak jalan-jalan di sekitar kawasan saya coaching team.

“Suami turut membantu saya mengepos produk kepada customer, bantu saya buat bisnes, bungkus produk dan berikan kata-kata semangat. Keluarga juga banyak support saya dalam bisnes.”

Kata Sheila, dia memilih bidang perniagaan kerana niat membantu orang ramai untuk kembali sihat di samping memberi tunjuk dan membantu mereka menjana pendapatan.

DUGAAN
Kongsi Sheila, dia pernah keguguran anak yang ke-3 ketika menghadiri seminar selama 4 hari 3 malam di Shah Alam pada Februari 2019.

Disebabkan terlalu aktif berbisnes dia mengalami tumpah darah dan dimasukkan ke bahagian kecemasan. Keesokan harinya dia keguguran.

“Ia tidak mematahkan semangat saya, habis pantang saya kembali aktif. Allah SWT gantikan dengan ‘hadiah’ lebih baik.

“Saya diberi rezeki mengerjakan umrah bersama suami pada April 2019. Selepas pulang dari umrah, Allah SWT makbulkan doa. Saya kembali hamil pada Oktober 2019.”

PRINSIP
Sheila memegang prinsip, dahulukan Allah SWT dalam segala hal. Buat yang Dia suruh, beri banyak manfaat kepada orang lain.

“Paling penting tahu tujuan berbisnes. Adakah semata-mata untuk kayakan diri sendiri atau membantu orang lain? Banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita dapat.

“Saya ingin membantu wanita bujang, berkahwin, ibu tunggal termasuk mereka yang hilang punca pendapatan menjana pendapatan 3-4 angka sehari.

“Wanita adalah superwoman. Buat wanita terutama isteri-isteri di luar sana teruskan usaha, tambah ilmu perniagaan dan jangan cepat mengalah.

“Bagi saya, wanita perlu ada pendapatan sendiri. Usah harapkan duit suami atau keluarga. Selain pendapatan sendiri, wanita juga perlu ada simpanan.

“Bila ada duit sendiri, orang akan salute dengan kita, tak pandang rendah dan kita boleh beli apa saja yang diinginkan tanpa harapkan duit orang lain,” kongsi Sheila yang aktif memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim dan asnaf di Banting, Selangor.

Share
Published by
Amy Mohd