Tubuh badan yang didambakan bukan hanya sekadar langsing dan sihat tapi juga berlekuk indah. Namun masalah berat badan dan bentuk tubuh memang meresahkan dan selalu menjadi perhatian wanita.
Pada era moden ini, terdapat banyak kaedah untuk menurunkan berat badan dan membentuk tubuh lebih ideal. Bermula dengan mencuba kaedah alternatif yang tidak melibatkan pembedahan hinggalah kulit disuntik atau dibedah oleh doktor pakar, pilihan terletak di tangan anda.
Namun tanpa alasan yang kuat, fikirkan semula pilihan untuk melakukan pembedahan kosmetik kerana ia nyata merubah ciptaan-Nya.
Jika pembedahan dilakukan atas sebab darurat dan dibenarkan syarak serta demi kebaikan, tiada salahnya bukan? Namun kepada yang masih ingin melakukannya, anda harus tahu apa yang perlu dilakukan dan dihindari sebelum dan sesudah melakukan pembedahan!
(a) SEBELUM PEMBEDAHAN
Keputusan untuk melakukan pembedahan plastik terletak di tangan anda. Bukan kerana dorongan pasangan, kekasih atau sesiapa pun. Namun anda haruslah mendapatkan kebenaran daripada ibu dan bapa, pasangan atau insan terdekat.
Ads
Layari Internet atau dapatkan informasi secukupnya daripada doktor pakar tentang bagaimana hasilnya nanti wajah anda selepas pembedahan itu.
Luangkan masa yang perlu untuk berunding dengan doktor. Doktor akan memberikan rundingan lengkap berkaitan tujuan, hasil sehinggalah risiko yang terpaksa ditanggung selepas pembedahan.
Pastikan anda membawa gambar rujukan wajah seperti yang diinginkan. Doktor akan menyarankan idea dan pendapat mengenai perubahan yang wajar atau tidak untuk dilakukan semasa pembedahan nanti.
Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Pengambilan ubat-ubatan dan suplemen yang bersifat mencairkan darah harus dihentikan kurang lebih dua minggu sebelum pembedahan.
Jangan berharap selepas pembedahan nanti, hidung atau bahagian lain badan anda kelihatan sama seperti selebriti Hollywood, Nicole Kidman. Ingat, setiap orang punya struktur tubuh yang berbeza. Belum lagi menyentuh tentang kualiti bahan yang digunakan ketika pembedahan. Jadi belum tentu hasilnya akan betul-betul sama persis selebriti luar negara.
(b) SELEPAS PEMBEDAHAN
Rawatan luka adalah yang paling penting untuk mencegah kemungkinan jangkitan. Pastikan anda kerap meminum antibiotik dan kerap mencuci luka anda. Proses mencuci luka boleh dilakukan sendiri atau di hospital tempat anda melakukan pembedahan.
Selepas pembedahan, lakukan sedikit aktiviti menggerakkan tubuh kerana dikhuatiri jika asyik tidur akan menyebabkan berlakunya penggumpalan darah.
Melakukan aktiviti sememangnya digalakkan namun tidak bermakna anda boleh berkunjung ke gimnasium selepas pembedahan. Jika mahu melakukan aktiviti berat, lakukannya selepas tiga minggu pembedahan. Jika tidak dikhuatiri luka pembedahan akan terbuka atau dijangkiti.
Tidak disarankan pembedahan di bahagian yang sama jika tidak melebihi enam bulan. Setiap pembedahan akan mempunyai luka dan memakan masa untuk sembuh.
TRIVIA
Pembedahan yang kerap dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah di bahagian mata dan hidung.
Implan silikon dalam payudara hanya akan bocor jika dicucuk dengan benda tajam.
Wanita masih boleh menyusui meski memakai implan silikon di payudara.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Amerika Syarikat dan Finland mengungkapkan fakta bahawa wanita yang melakukan pembedahan pembesaran payudara melalui implan, ternyata tiga kali lebih terdorong untuk membunuh diri. Bahkan keinginan bunuh diri tersebut lebih dirasai pada tahun-tahun pertama pra-pembedahan.
6 peratus wanita Korea berumur 20 hingga 30 tahunan telah melakukan pembedahan plastik.
Setiap tahun, sekitar 100 ribu orang remaja dan kanak-kanak di Jerman melakukan pembedahan plastik. Fenomena obsesi terhadap pembedahan plastik melanda generasi muda sehinggalah cadangan untuk memasukkan klausa baru dalam Rancangan Undang-Undang mengenai larangan operasi plastik bagi kanak-kanak dan remaja usia belasan tahun.
Soal Jawab Pembedahan Plastik
Ads
S: Apakah doktor tersebut mempunyai kelulusan berdaftar? J: Anda harus menyiasat akan kredibiliti doktor terlebih dahulu. Sudah banyak kes melibatkan pembedahan oleh doktor palsu yang mengakibatkan pesakit menderita selepas pembedahan.
S: Di mana pembedahan akan dilakukan? Bagaimana pula dengan kosnya? J: Pembedahan estetik biasanya memakan masa singkat dan boleh dilakukan di mana-mana. Namun pastikan ruang bersih dan setiap peralatan disteril. Begitu juga dengan kos operasi, sudah tentu anda tidak mahu hasil pembedahan sekadar minima saja kerana bajet yang diperuntukkan besar.
S: Perlukah impian dan keinginan dikongsikan? J: Sebaiknya jangan sampai menyerahkan keputusan sepenuhnya pada doktor kerana selera doktor tentunya berbeza dengan pesakit. Kongsikan idea dan pendapat anda. Jika anda merokok, maklumkannya kepada doktor kerana dikhuatiri tabiat merokok selepas pembedahan akan melambatkan proses penyembuhan.
Ads
S: Bagaimana hasil pembedahan nanti? J: Jangan sampai hasil akhirnya tidak sesuai dengan bentuk yang anda idamkan selepas pembedahan nanti. Minta pada doktor untuk menunjukkan anggaran fizikal anda di komputer. Tapi, jangan punya jangkaan berlebihan. God’s and people’s hands are different.
S: Adakah pembedahan akan mempengaruhi bentuk fizikal yang lain? J: Setelah pembedahan, bentuk fizikal yang diubah akan mempengaruhi bentuk lain. Misalnya, anda ingin memancungkan hidung. Secara automatiknya, tekstur tulang hidung yang berubah akan mempengaruhi senyuman anda. Sebelum menyesal, fikirkan segala kemungkinan yang boleh terjadi.
S: Sudahkah anda bersedia? J: Perundingan adalah tempoh screening untuk mengetahui sama ada anda sudah bersedia daripada segi fizikal, psikologi dan sosial sebelum dibedah. Jika anda masih mempunyai soalan untuk ditanyakan menandakan anda masih ragu-ragu untuk melakukannya. Doktor berhak memutuskan sama ada anda sudah bersedia atau tidak.
S: Apakah pembedahan yang dijalani akan meninggalkan parut? J: Setiap pembedahan meninggalkan kesan parut dan dapat disamarkan dengan teknik jahitan. Seelok-eloknya anda maklumkan bahagian ideal untuk menyembunyikan bekas jahitan.
S: Apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan? J: Jika anda tidak bertanya mengenai perkara ini, pesakit pasti akan runsing memikirkan hasilnya nanti. Ini kerana selepas pembedahan, hasilnya tidak kelihatan seperti yang digambarkan. Lebih-lebih lagi perubahan seperti membengkak dan sebagainya pasti merunsingkan anda. Tapi jika jawapannya sudah sedia, what are you waiting for? KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pastinya ramai yang mengimpikan kehidupan bahagia seperti bekas personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain. Apa tidaknya, bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik dan berbakat dalam dunia penyiaran. Bahkan suri hati Raja Amir Shah ini bertuah kerana dikurniakan seorang suami penyayang dan setia serta anak-anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
Mula mencipta nama sebagai pengacara menerusi program televisyen Majalah 3 dan menjuarai program realiti Malaysia Top Host 2005, Nurul Syuhada bakal mencecah usia 40 tahun pada November nanti.
Meskipun bakat wanita kelahiran Negeri Sembilan ini mampu bersinar lebih jauh namun Nurul Syuhada Nurul Ain nekad memperlahan karier pengacaraan sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu.
Difahamkan suami tercinta, Raja Amir Shah merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah institusi perbankan.
Nurul Syuhada sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa pada 16 Julai 2012. Menerusi perkongsian di media sosial, dia menzahirkan rasa syukur kerana usia perkahwinan mereka sudah pun menjangkau lebih sedekad.
Lebih istimewa, suami kesayangan turut menghadiahkan perhiasan bunga orkid putih dan sekeping kad ucapan sebagai tanda penghargaan kepada isteri tercinta.
13 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini bahagia dengan kehadiran sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal.
Tanggal 20 Jun 2023, Nurul Syuhada dan suami menerima jemputan sebagai jemaah haji dan berkongsi pengalamannya mengerjakan rukun Islam kelima itu di media sosial.
Turut menemaninya ialah suami tercinta yang sama-sama menunaikan ibadah haji biarpun ia merupakan kali kedua dia melaksanakan ibadah itu.
Pejam celik, nampaknya sudah sedekad duo penyanyi, Aishahanim berada dalam industri hiburan dengan mempertaruhkan beberapa single yang sering menjadi pilihan sebagai lagu runut bunyi drama tempatan. Mula memasuki industri muzik menerusi lagu Mata Kunci Cinta sekitar tahun 2014, penyanyi duo AishaHanim merupakan pasangan penyanyi kembar pertama Malaysia.
Pasangan kembar yang mesra di sapa Aishahanim bakal melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran Konsert One Night Only Aishahanim yang bakal berlangsung 6 Ogos 2023 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Tidak dapat menyembunyikan keterujaan, bagi Aishahanim, penganjuran konsert yang turut disertakan makan malam itu merupakan tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media serta peminat yang selama ini menyokong perjalanan karier mereka.
Menurut Aishahanim ketika ditemui di majlis sidang media semalam, mereka bakal mempersembahkan 15 buah lagu di mana konsert tersebut juga bakal
menjadi lembaran penceritaan sejarah permulaan mereka dalam menuai bakat di laman seni tempatan.
“Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim. Oleh sebab itu, konsert One Night Only Aishahanim adalah pentas untuk kami bercerita tentang perjalanan kami dalam dunia seni. Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.
“Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk malam One Night Only Aishahanim,” kongsinya.
Sepanjang dua jam persembahan, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi
lagu-lagu nyanyian semula dan single hits mereka antaranya Angkara, Tinggalan Cinta dan
Leka.
Malah, mereka bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.
Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan juga akan menggabungkan pelbagai genre bermula dari era 60-an sehingga kini.
Tampil berpakaian sedondon sudah menjadi trademark pasangan kembar ini baik dalam acara formal mahupun tidak.
Persembahan secara langsung itu juga diiringi oleh Band Tentera Darat Port Dickson.
Bercakap soal stamina, Aishahanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah
untuk memastikan mereka bertenaga sepanjang hampir dua jam persembahan tersebut.
Konsert One Night Only Aishahanim dijayakan oleh Wyn Wyn Event, BERJAYA dan
Ridzokumura.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuasa solekan bukan untuk mengubah wajah tetapi adalah untuk memperindah wajah. Sebenarnya solekan berfungsi sebagai pembentukan wajah. Setiap bentuk wajah yang berbeza memerlukan teknik pembentukan wajah tertentu bagi menutupi setiap kekurangan.
Garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir perlu disentuh untuk mendapatkan bentuk wajah yang diingini. Namun, teknik tertentu perlu dipelajari dan warna juga memainkan peranan dalam memperindah wajah seseorang.
Trik Untuk Dicuba
Wajah yang bersolek tetapi nampak seperti tidak bersolek adalah gaya solekan yang menjadi trend kini. Tampil asli dan semula jadi. Bagi gaya solekan begini guna span bedak asas yang dilembapkan dengan sedikit air.
Tekan hujung span dengan bedak asas mengikut tona kulit dan tekap di wajah yang sudah dibersihkan. Jangan menyapu bedak asas di wajah kerana solekan tampak tidak sempurna.
Bagi pembentukan wajah boleh memilih bedak asas yang sedikit gelap dan sapu di bahagian yang mahu ditonjolkan seperti garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir. Kemudian sapu bedak debu dengan berus khusus agar solekan tampil sempurna dan sekata.
Solekan mata adalah perkara utama dalam solekan. Mata boleh berubah bentuk hanya dengan kuasa solekan. Bagi mendapat efek mata yang lebih besar boleh mencuba pengalit mata selain daripada rona hitam. Pilihan rona seperti hijau, biru atau coklat memberikan efek mata yang berbeza.
Pakai pembayang mata yang berona terang di bahagian tulang kening untuk memberi kesan mata yang lebih galak. Jangan lupa pakai penyamar noda di bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam bawah mata.
Solekan kening juga penting dalam memperindah wajah seseorang. Teknik yang betul untuk melukis kening tanpa mencukur adalah rapi kening menggunakan berus terlebih dahulu.
Kemudian lukis kening menggunakan pensel kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah. Tebal atau nipis boleh mengikut keinginan masing-masing. Kemudian boleh letak gam di bahagian bawah kening yang tebal dan biarkan seketika. Sapu bedak asas di bahagian yang digam tadi berhati-hati. Akhir sekali berus kening dengan menggunakan maskara kening. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...