Kata orang, seseorang wanita itu tampak lebih manis bila mengenakan tudung bawal. Betul ke? Hehe, terpulanglah pada citarasa masing-masing, yang penting apa jua fesyen yang digayakan haruslah menutup aurat selari dengan kehendak agama.
Bagi penyanyi terkenal, Wany Hasrita, dia juga lebih senang mengenakan tudung bawal berbanding selendang.
Cara Wany ‘Maintain Awning’ Sepanjang Hari!
Sempat bertanya caranya mengekalkan ‘awning’ tudung sepanjang hari, pelantun lagu Pedas itu ternyata ada jawapannya yang tersendiri.
“Berdoa je. Itu je boleh! (ketawa) Dan selain daripada itu, of course boleh spray (hijab starch) tapi saya tak berapa suka menggunakannya kerana ia akan membuatkan tudung menjadi terlalu keras.”
“Kita harus pandailah menggunakannya. Tapi yang paling normal adalah dengan berserah. Hari ini kalau tudung okay, okay. Kalau tidak reda sahajalah. ”
Teringat dulu waktu zaman sekolah ada yang siap masukkan plastik ke dalam tudung supaya terletak cantik.
Boleh ’emo’ seharian tau kalau tudung tak menjadi! Jadi yang mana sailihan anda? Bawal atau selendang?
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
“Mak & Anak Sama Cantik” WAFARIENA Warisi Kecantikan Ibu, Dagu Terbelah Jadi Tarikan
Lesung pipit dan dagu terbelah atau lekuk antara daya penarik yang menjadikan seseorang itu lebih manis serta unik. Lebih-lebih lagi wanita, makin nampak manis dan berseri.
Pun begitu, masing-masing punya keistimewan tersendiri kerana setiap ciptaanNya cantik-cantik belaka.
Pelakon baru yang namanya mula dikenali ramai dengan watak Nurul dalam drama popular berjudul 7 Hari Mencintaiku, Wafariena Roslan, mempunyai keleistimewaannya yang tersendiri.
Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2019, Wafariena yang gemar memasak ini sebenarnya seorang gadis lasak di mana dia sangat obses dengan kereta.
Selain berbakat besar, gadis berasal dari Pulau Pinang berusia 27 tahun ini bukan hanya memiiki kecantikan semula jadi malah berbakat besar dalam bidang nyanyian dan modeling.
Wafariena pernah mempertaruhkan single pertamanya berjudul Carilah Aku berkonsepkan balada pada tahun 2019. Siapa sangka, seawal usianya 8 tahun sudah sudah berjinak-jinak dalam bidang seni suara.
Dia memiliki kelebihan menyanyi dalam pelbagai bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Filipina, Hindustan dan Thailand. Malah, dia juga fasih berbahasa Mandarin. Hebatnya Wafariena!
Wafariena yang mesra disapa sebagai Wafa, sering berkongsi foto dan video bersama ibunya, Suzana Hamad di Instagram. Paling terpengun, ibunya tak nampak macam umur 59 tahun pun.
Awet mudanya! Sekaligus ianya menjadi perhatian ramai di ruangan komen serta dihujani dengan pujian daripada para peminatnya.
Ternyata, kecantikan Wafariena saling tak tumpah seperti ibunya terutama part dagu terbelah tu.
Bertuahnya Wafarina. Bukan sahaja mewarisi kecantikan, bahkan Wafariena juga seorang anak yang baik dan sangat rapat dengan ibunya.
BEREHAT SELEPAS ALAMI KECEDERAAN
Untuk perkembangan terkini, Wafariena kini sedang berehat selepas mengalami kecederaan ketika penggambaran di Lenggong Perak pada 8 Oktober 2022 lalui.
Wafariena dikatakan mengalami kecederaan dalaman melibatkan tisu punggung termasuk koyak di bahagian perut. Berlaku juga pendarahan selepas melakukan aksi lagak ngeri untuk satu supertelefilem.
Akibat insiden itu, Wafariena dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selama lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Menurut ibu Wafariena, walaupun keadaan anaknya itu makin pulih tetapi masih perlu dipantau terutama kecederaan di bahagian perut yang mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.
Memetik kata-kata Wafariena di Instagramnya:yang berterima kasih kepada ibu, keluarga serta para peminatnya kerana mendoakan kesihatan dan kesembuhannya:
“Alhamdulillah berkat doa dari semua yang mendoakan kesihatan Wafa terutama ibu, family dan kesayangan. Jaga Wafa sehabis mampu. Terima kasih semua. Tak terbalas budi Wafa untuk semua. I’m home now to make it full recovery and Wafa will be back soon. Insyaallah aminn..”
NONA mendoakan semoga Wafariena segera sembuh dan dapat kembali meneruskan karier seninya seperti sediakala.
Kredit: Instagram Wafariena Roslan
Anggun Di Usia 48 Tahun, Baju Kurung & Rantai Mutiara Pilihan TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN!
Berita perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat meskipun sudah hampir tiga tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sharafuddin.
Yang pasti, dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini… ramai yang tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin.
Menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun lepas, baginda merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Tiga tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen baginda.
Pada 1 Syawal… di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, baginda kelihatan cukup anggun dalam persalinan tradisi rona pastel bersama pilihan aksesori rantai mutiara. Minimalis tapi tetap memukau.
15 Jun, ketika mengiringi Sultan Sharafuddin menyempurnakan pembukaan pusat beli-belah Central i-City di Seksyen 7, Shah Alam… penampilan Tengku Permaisuri Norashikin sekali lagi menarik perhatian apabila mengenakan baju kurung berwarna ungu, membimbit clutch rona senada dan memilih rantai dan anting-anting Mutiara sebagai pelengkap gaya.
Begitu juga ketika baginda berangkat meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama penduduk Kampung Pasir Baru di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Berbaju kurung merah… Tengku Permaisuri Norashikin turut mengenakan kalung bertatahkan mutiara. Effortless beautiful!
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada para penduduk yang memerlukan. Turut hadir, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung berkenaan.
Sumber: Instagram Selangor Royal Official
Tak Makan Usia, Wajah Deanna Yusoff Kekal Muda Jelita Walaupun Dah 55 Tahun!
Seakan tak percaya bila menatap foto terbaharu Deanna Yusoff, aktres popular Malaysia zaman 90-an dulu. Tanggal 3 Januari 2022, genaplah usianya 55 tahun namun raut wajahnya tetap cantik seperti masih 30-an.
Mengintai khabar terkini Deanna di Singapura, wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 itu kini masih aktif dengan kegiatan seninya di sana.
Sebagai aktres, penyanyi, model dan emcee yang masih aktif, Deanna tetap menitikberatkan aspek penjagaan kecantikan bersandarkan alam semula jadi.
Antaranya dengan mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia yang mengancam tubuh badan.
Sarapan pagi dengan sahabat tersayang yang meraikan harijadi saya. Terima kasih untuk semua ucapan, hadiah dan kata-kata YANG bermakna.
Saya harap kalian memulakan tahun ini dengan semangat baru dan diberkati dengan tenaga yang LEBIH positif.
Pada usia 50-an, Deanna dilihat sebagai seorang yang mengamalkan diet sihat. Antaranya menikmati buah ara, matcha, avokado, biji chia dan smoothie pisang untuk menu sarapan berkhasiat dan tinggi antioksidan.
Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Deanna termasuklah berjalan dan menikmati keindahan alam bagi kesihatannya.
“Saya perlu reset. Saya mula beralih kepada aktiviti yang lebih senyap dan mendekatkan diri dengan orang-orang yang ‘sekepala’ agar rasa lebih seimbang dan tenang.
Saya rasa lebih bertenaga apabila menari, mendengar muzik, bermeditasi dan mewarna. Saya pilih untuk lebih fokus pada diri sendiri dan saya mahu anda semua juga begitu.” Deanna Yusoff
Demi kelestarian alam, wanita kelahiran London ini turut berbakti mengitar semula fesyen dengan membeli barangan preloved.
“Saya bawa 10 pakaian preloved saya untuk ditukar dengan 10 barangan preloved yang lain. Ini adalah cara terbaik untuk memperbaharui wardrobe saya tanpa menjejaskan planet kita.” Deanna Yusoff
Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara.
Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.
Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book of Records.
Deanna juga pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang.
Selain itu, Deanna turut melancarkan album pertamanya Divide and Continue serta album Fix di bawah syarikat rakaman Positive Tone.
Selepas sekian lama tidak beraksi di layar lebar, Deanna muncul dalam filem Chermin yang dibintangi oleh Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil yang ditayangkan pada 22 Mac 2007. Beliau juga pernah terlibat dalam dua produksi Perancis, Un Homme En Collere (1999) dan Passeur d’enfants (2001).
Sumber: Facebook Deanna Yusoff