Umum sedia maklum, pelakon jelita yang juga pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih mesra disapa sebagai Mira Filzah kini sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen selepas mendirikan rumahtangga.
Malah, sejak bergelar ibu kepada seorang cahaya mata pelakon dan pengacara popular berusia 30 tahun itu dilihat cuba menyeimbangkan masa diantara karier dan juga keluarga kecil yang dimilikinya.
Kemunculan semula Mira dalam drama yang pernah menjadi fenomena tahun ini, berjudul “Imam Instant Ustazah Scammer” boleh diibaratkan sebagai ubat rindu kepada para peminatnya dan mendapat sokongan penuh keluarganya.
Karier Lakonan Akan Berjalan Seperti Biasa Atas Sokongan Kedua Belah Keluarga!
Dalam temu bual bersama NONA, Mira melahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan kerja dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah keluarga.
Perkahwinan dengan Wan Khair Emir selama tiga tahun ini sedikit sebanyak mengubah kerjayanya. Di tambah pula dengan kehadiran anak sulungnya, Wan Khair Amir yang kini mencecah usia setahun lebih.
Ternyata ibu dan ibu mertuanya memberi reaksi berbeza terhadap idea Mira berlakon semula.
“Mak mertua dan mak Mira ni dua-dua berbeza sedikit, sebagai contoh Mak mertua career driven, dia macam takpe ambil je shooting mana-mana, lama-lama pun takpe jangan risau about Amir siapa jaga dia, don’t worry go achieve, dia suka kita busy, kita kerja” ujar Mira.
Go For It! Ini Masa Untuk Menyinar
Ibu mertua Mira, Datin Mastura Yazid, memberikan sokongan penuh kepada Mira agar dia dapat meneruskan kerjayanya dan tidak perlu risau tentang anaknya.
Pelakon yang mula popular dengan drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, sebelum menerima tugasan berlakon drama terbarunya itu, dia bercakap dengan ibunya dan bertanyakan pendapatnya.
“Masa mula-mula Mira dapat job lakonan terbaru, balik-balik Mira bincang dengan mak Mira, okay ke nak ambil ni? Amir masih kecil lagi
“Kalau macam mak, mak akan support je apa Mira nak buat, apa pun keputusan Mira dan kalau perlukan bantuan mak, maklumkan
“Kalau mother-in-law Mira, just go for it. It’s time for you to shine,”Katanya.
Mempunyai reaksi yang berbeza tetapi kedua-duanya akan sentiasa menyokong kerjaya Mira walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sekadar info, Mira berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki Wan Khair Emir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!