Sharifah Rose mula mengukir nama dalam industri sebagai pempengaruh media sosial tersohor sebelum mula menceburkan diri sebagai Pelakon. Ketika namanya sedang berada di puncak, wanita inspirasi hijabi ini telah mengasaskan peniagaan dibawah jenamanya sendiri iaitu ‘Harirose’.
Mengulas berhubung apakah yang membezakan Rose dengan pempengaruh serta pelakon BBNU yang lain, iaitu saat nama berada di puncak kemaruk mengeluarkan produk dan mengambil kesemb terjun ke kancah perniagaan, ini respon yang diberikan usahawanita muda ini!
Menurut Rose, sebelum menceburi bidang lakonan, Rose terlebih dahulu bergiat aktif sebagai model pada 2016 selepas tamat Tingkatan 5 dan pernah menjadi model untuk jenama-jenama fesyen muslimah.
Kemudian mula diperkenalkan ke dalam industri Hiburan pada seawal usia 20-an dan menyerahkan dirinya kepada mata umum. Apa yang membuat Rose unik berbanding bakat lain di luar sana adalah dirinya sentiasa berpegang pada slogan serta tagline “Hari Ini, I Choose Myself”.
Jelasnya lagi, tagline sama juga digunapakai untuk mencerminkan jenama miliknya Harirose yang bertujuan sebagai peringatan untuk dirinya dan para peminat bahawa walaupun berbeza cara, kita tetap perlu mengambil kira pendapat dan suara orang ramai.
“Justeru, sentiasalah ikut resmi padi yang sifatya menunduk ke bumi. Rose sentiasa mengelakkan sikap pentingkan diri sendiri atau memilih diri sendiri dahulu (self-centered).
“Diri adalah rumah pertama kita, dan ia perlu dihias, disayangi dan dipupuk dengan cara yang betul, sebelum kita boleh memaparkan diri kita kepada umum, menerima tetamu dan membiarkan dunia luar masuk ke dalam rumah kita.
“Ini adalah nilai-nilai yang terpahat diri Rose dan diterjemahkan dalam setiap koleksi bagi jenama Harirose.
Jelasnya lagi, tujuan dia berkecimpung dalam kancah perniagaan di usia muda, adalah untuk mengabadikan memori zaman kecil bersama ibunda tercinta, di samping memberi inspirasi kepada wanita diluar sana khususnya wanita muslimah untuk kuat dan menjadi diri sendiri!
“Saya mahu mencipta satu koleksi yang merakamkan perasaan zaman kanak-kanak saya bersama ibu.
“Semuanya kini telah bergerak pada kadar yang sangat pantas dalam hidup saya, oleh itu dengan adanya jenama ‘Harirose’ ini saya dapat mengenang semula memori yang terpahat dalam ingatan, serta kenangan indah yang penting buat diri saya.
“Saya mahu diingati selama-lamanya, kerana setiap koleksi ‘Harirose’ yang telah direalisasikan ini adalah cerminan kepada diri saya sendiri,” kata Sharifah Rose.
Untuk rekod, pada Mac 2022, Harirose jilid pertama mendapat sambutan dan reaksi yang memberangsangkan dan ia memutuskan untuk mengembangkan siri ini dengan reka bentuk dan warna baharu.
Menariknya, setiap reka bentuk selendang dan penjenamaan keseluruhan jenama ini dipengaruhi oleh falsafah estetika dan mencerminan peribadi pengasasnya, Sharifah Rose.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Sharifah Rose
This website uses cookies.