Jika berbicara tentang saiz punggung di kalangan wanita ternyata subjek itu cukup sensitif dan kadang-kadang boleh mengundang rasa marah. Ada wanita yang tidak kisah tentang aset mereka yang satu ini dan tidak kurang juga yang berusaha memiliki bentuk punggung yang didamkan.
Ternyata saiz punggung wanita ini telah menarik sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat untuk dijadikan bahan kajian mereka. Hasil kajian yang telah dijalankan pada tahun lalu begitu memeranjatkan. Mengikut kajian ini, analisis data daripada 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.
Menurut Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung dapat melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.
Malah apabila mempunyai punggung besar mampu merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.
“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes. Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.
Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” kata Prof Dr Konstantinos Manolopoulos.
Tambahnya lagi, lemak di bahagian punggung berbeza dengan lemak di bahagian perut. Lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, manakala lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit.
“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.
5 Teknik Squat Untuk Punggung Mantap
1 Lift Up
TEKNIK: Gayanya seperti menendang kaki ke belakang atau back flip.
Sambil mengangkat seluruh badan ke atas menggunakan tangan, regangkan otot paha dan betis. Bukan hanya kawasan punggung yang jadi sasaran, kawasan perut dan lengan juga bergerak.
2 Ball Slam
TEKNIK: Ball Slam ini umpama teknik lepaskan geram.
Pertama sekali, pastikan berdiri dengan jarak kaki melebihi lebar bahu. Kemudian, angkat bola ke atas kepala sambil kaki dijinjitkan. Lontar bola dengan tenaga badan ke lantai dan rendahkan diri hingga menjadi posisi squat. Tahan bola tersebut. Bangun dan ulang semula langkah Slam Ball sebanyak 30 kali.
3 Plie Jump Squats
TEKNIK: Dapatkan kedudukan yang stabil di satu poin dan lompat secara sederhana. Semasa landing, terus lakukan posisi squat.
4 Plie Jump Squat
TEKNIK: Flex-kan bahagian perut kamu (abs) dan pastikan bahagian bahu dan dada ke depan. Apabila kamu melompat sambil mengangkat bebenan pada bahu, pastikan lompatan kamu konsisten selama 15-20 kali. Tak perlu lompat terlalu tinggi.
Ulang Plie Jump Squats sebanyak 3 set.
5 Gliding Plank
TEKNIK: Dengan menggunakan cushion glider, tuala atau pinggang kertas sekalipun, gerakkan badan ke hadapan sambil menolak punggung ke arah atas.
Sumber: BERITA HARIAN & MAJALAH REMAJA
This website uses cookies.