Percaya atau tidak masih ramai wanita masih tidak tahu memilih bra dengan betul. Dianggarkan hampir 80 peratus wanita kurang pengetahuan cara memilih bra dengan betul. Ada yang membeli bra semata-mata kerana rekaan yang cantik, membeli bra untuk payu dara lebih besar dan tidak kurang juga yang membeli bra untuk nampak lurah di dada. Faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payu dara.
- Tidak selesa
Rasa tidak selesa memakai bra adalah seperti tali bra tenggelam di atas bahu. Ini berlaku kerana mangkuk bra yang digunakan terlalu kecil. Rasa tidak selesa muncul apabila bra berdawai mencengkam payu dara. Ini juga kerana mangkuk yang dipakai terlalu kecil. Payu dara yang terlalu rapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa juga adalah kerana salah memilih bra. Ketidakselesaan ini boleh menyumbang kesakitan di bahagian belakang, leher dan bahu.
- Ukuran yang betul
Anda mungkin pernah mengukur saiz bra yang betul tetapi ketika berumur 17 dahulu. Namun, sehingga sekarang masih memakai saiz yang sama. Hampir semua pengeluar pakaian dalam memberi pelanggan mencuba dahulu bra tetapi tanpa nasihat daripada yang pakar tentu tidak dapat saiz yang betul. Mendapat saiz bra yang betul kadang-kadang memberi kejutan!
- Beli bra yang murah
Mengikut statistik setiap wanita memiliki sekurang-kurangnya 19 helai bra tetapi hanya memakai empat helai bra yang selesa. Biasanya bra yang mahal mempunyai reka bentuk yang khusus dan selesa berbanding dengan bra yang murah. Manakala bra yang murah tidak mempunyai pakar untuk mengira saiz bra yang sesuai. Membeli bra tanpa mencuba dahulu adalah cara yang salah kerana setiap rekaan mempunyai mangkuk dan tali bra yang berbeza.
- Beli bra yang cantik
Ada di antara wanita yang mendapati membeli bra yang baik adalah membazir. Biar membeli bra yang cantik tetapi murah, itu kata mereka. Sebaik-baiknya keluar duit untuk membeli bra yang baik dan sesuai mengikut keperluan. Cantik tidak semestinya elok.
- Membasuh bra di dalam mesin basuh
Tidak kira anda memakai bra yang betul atau tidak tetapi mencampak bra di dalam mesin basuh boleh merubah reka bentuk asalnya. Ambil masa sedikit dengan membasuh bra dengan tangan dan sabun yang lembut agar bra tahan lama. Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan ketahanan bra tersebut.
- Memakai bra yang sama selamanya
Mungkin memakai bra yang betul tetapi asyik memakai bra yang sama sepanjang masa. Ini akan mempercepatkan jangka hayat bra tersebut. Mungkin tali bra menjadi cepat longgar dan tidak anjal dan cangkuk mudah tertanggal. Sekurang-kurangnya ada empat helai bra untuk dipakai secara bergilir-gilir.
- Perubahan tubuh
Selaras dengan peredaran masa tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah. Payu dara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.
- Tidak puas hati dengan saiz payu dara
Anda mahu kelihatan seksi seperti model pakaian dalam tetapi tidak mempunyai payu dara yang besar. Oleh itu sengaja memakai bra yang lebih kecil agar kelihatan seksi. Sebenarnya dengan memakai bra yang betul boleh kelihatan seksi tetapi ada tekniknya!