“13 November saya ada menghantar rombongan merisik dan bertunang bersama keluarga ke rumah Fazura. Iya, kami sudah bertunang. Tapi tak ada majlis pernikahan.”
Malam 14 November pula hanya diadakan kenduri doa selamat dan bukanlah majlis pernikahan seperti yang digembar-gemburkan,” terang Fattah dalam sebuah majlis sidang media yang diadakan sebentar tadi.
Lakonan watak sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella ibarat ‘sumpahan’ yang menjadi realiti. Enggan lagi berteka-teki tentang status dirinya dengan Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin akhirnya mengaku telah bergelar tunangan kepada ‘hero’ drama berkenaan sepuluh hari yang lalu.
Menerusi kenyataan sidang media yang berlangsung jam 6 petang tadi, kedua-duanya kelihatan sudah bersedia menjawab segala pertanyaan daripada rakan-rakan media yang hadir.
Sementara itu, Fazura turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir wartawan yang mengambil gambar serta suasana rumah neneknya hingga tersebar di media sosial. Katanya, ia tidak wajar dan seperti tidak menghormati privasi keluarga mereka.
Fattah dan Fazura dalam pada itu mengakui sedang dalam proses urusan pernikahan dan berharap ia akan berjalan lancar dalam masa terdekat.
Segala urusan berkaitan pernikahan dan resepsi akan dikendalikan oleh syarikat pengurusan masing-masing memandangkan kedua-duanya terikat dengan jadual kerja yang padat.
Ringkasnya, pernikahan mereka akan diadakan dalam masa terdekat. Majlis resepsi pula bakal berlangsung sekitar tahun depan dan dua buah majlis resepsi akan diadakan untuk keluarga dan media, manakala satu lagi untuk para peminat mereka.
Ternyata, desas-desus yang bertiup kencang sejak minggu lalu telah terjawab hari ini. Pelakon Fattah Amin, 27 dan Fazura, 34 bukan berkahwin secara rahsia sebaliknya hanya majlis merisik dan bertunang telah diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga serta kawan-kawan terdekat demi memberi ruang privasi kepada kedua-dua belah pihak.
Fattah dan Fazura sambil ditemani keluarga masing-masing telah berlepas mengerjakan umrah pada 15 November lalu dan selamat tiba di tanah air petang tadi.
Semoga dengan pengakuan ini memberi perkhabaran gembira buat para peminat Fattah Amin dan Fazura yang sentiasa mendoakan pasangan ini menjadi suami isteri yang sah. Jom dengarkan temu bual Nona bersama Fazura tentang jodoh serta ciri-ciri lelaki pilihannya selama ini! Suziana Abu Daud
https://youtu.be/iVkglbz0tI4