Nama The Duchess of Cambridge, Kate Middleton mendahului senarai wanita hebat yang memasuki usia 40 tahun pada 2022. Ini diikuti Kelly Clarkson, Kirsten Dunst, Priyanka Chopra, LeAnn Rimes dan Anne Hathaway.
Melangkah ke ambang 40, bagi kebanyakan wanita menandakan kestabilan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan.
Ada yang anak-anaknya sudah meningkat remaja, mempunyai kerjaya mantap dan aset yang menjamin masa depan. Namun ada satu perkara lagi yang mesti dipandang serius, yakni penjagaan diri untuk berdepan fasa kematangan.
Wanita yang bijak tidak hanya berserah pada hukum alam. Tua itu pasti, tapi dengan kemajuan sains dan teknologi, banyak yang boleh dilakukan untuk memperlahankan proses penuaan.
Barisan produk-produk di bawah antara pilihan Nona untuk maintain cantik dan awet muda menggunakan rumusan semula jadi.
SHOKUBUTSU NATURAL PROTECTION
Meskipun negara memasuki fasa endemik, namun kita seharusnya lebih kerap membasuh tangan bagi mengurangkan penyebaran patogen dan mencegah jangkitan termasuk virus COVID-19. Terbaharu dalam rangkaian penjagaan badan, Shokubutsu melancarkan Natural Protection Hand Wash untuk membasmi 99.9% kuman menggunakan rumusan 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan.
Letakkan produk ini di atas sinki dan gunakan selalu untuk mencuci tangan!
PENULEN UDARA COWAY
Rangkaian penulen udara Coway, seperti LOMBOK III dan STORM telah memberi nafas baharu kepada berjuta-juta isi rumah di Malaysia dengan penapis Udara Zarahan Kecekapan Tinggi (HEPA) mereka yang terbukti menghasilkan udara yang lebih bersih dan sihat berlandaskan teknologi terkini. Kini dengan penapis Double HEPA, ia mampu menyahaktifkan sehingga 99.999% virus COVID-19 dengan berkesan.
Demi kesihatan dan jaminan udara bersih di rumah anda, pasangkan penulen udara ini di ruang tamu dan kamar tidur.
CLARINS EXTRA-FIRMING DAY & NIGHT CREAM
Kembalikan keanjalan kulitmu dan atasi kesan penuaan dengan rangkaian Clarins Extra-Firming. Dibangunkan oleh pakar penyelidikan Clarins, krim siang dan malam ini diperkaya dengan rumusan Kangaroo Flower dan ekstrak Mitracarpus organik. Ia bukan sekadar melembap dan melembutkan kulit, malah membantu menentang pencemaran serta radikal bebas.
Oleskan secara konsisten setiap pagi dan sebelum tidur agar kedutan berkurangan serta tona kulit lebih sekata.
CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION
Cetaphil, jenama yang dipercayai selama tujuh dekad, kini memperkenalkan rangkaian Optimal Hydration, yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam. Rangkaian ini mengandungi kombinasi inovatif asid hyaluronik, HydroSensitiv Complex dan bunga daisy biru yang melegakan, untuk membantu menghidrat serta melegakan kulit sensitif. Rangkaian ini merangkumi serum, serum mata dan krim harian yang mudah digunakan pada bila-bila masa.
Kulit yang lembap penting untuk mengelakkan tanda-tanda penuaan yang ketara. Pastikan wajah sentiasa disapu pelembap yang baik untuk mengekalkan kemudaan.
EX NIHILO IRIS PORCELANA
Lembut dan menyenangkan, begitulah takrif keharuman Iris Porcelana saat pertama kali menciumnya. Ia menebarkan aura mewah bunga Iris Pallida, hembusan aroma daun violet dan kayu-kayuan. Percikan wangian Iris Porcelana jelas menggambarkan sifat wanita matang dengan kelas tersendiri, membuat dirinya senang didekati dan disayangi. Ex Nihilo merupakan jenama wangian Paris yang eksklusif serta kini boleh didapati hanya di Amaris KLCC.
Haruman mewah Ex Nihilo sentiasa menjadi pilihan wanita moden dan sofistikated. Layangkan haruman ini setiap kali ke acara penting agar kehadiranmu sentiasa mencuri tumpuan.
This website uses cookies.