Wanita Yang Minum Secawan Teh Setiap Hari Lebih Nampak Cantik, Langsing & Terhindar Risiko Kanser. Wow, Betul Ke Ni?

Di luar negara, harga untuk menikmati secawan teh agak besar kosnya. Selain terkandung dengan khasiat, ramuan daun teh berkualiti yang digunakan turut mempengaruhi harga minuman teh tersebut.

Salah satu kebaikan teh adalah kandungan antioksidannya yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Malah, wanita yang berazam untuk menurunkan berat badan digalakkan menikmati teh kerana jumlah kalori yang rendah. Antara jenis teh yang terkenal kerana khasiatnya adalah teh hijau.

Berdasarkan kajian dari Institute of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi antioksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pun begitu, teh yang telah dicampur susu atau krimer akan mengurangkan kadar antioksidan di dalamnya. Jadi untuk mendapatkan manfaat menyeluruh kepada tubuh, penyediaan teh yang paling baik adalah dengan menikmatinya tanpa gula.

Kebaikan Teh

  • Menurunkan risiko serangan jantung
  • Mengawal paras kolesterol
  • Mencegah penyakit nyanyuk atau Alzheimer
  • Dapat menghalang penyakit buah pinggang
  • Mencegah serangan kanser seperti paru-paru, ovari, kulit dan usus
  • Amalan minum teh setiap hari mengurangkan pembentukan plak gigi dan pembiakan bakteria mulut punca masalah bau mulut

Rangkaian Produk Teh BOH Terbaharu

Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak untuk menikmati hirupan teh hari ini, boleh cuba produk terbaharu dari BOH yang dihasilkan dalam rekaan uncang piramid biodegradasi.

Teh Infusi Spa Herba dan Buah-buahan BOH dengan tiga perisa memikat iaitu Gentle Ginger, Hibiscus Zest dan Twilight Rooibos, membantu memulihkan kesegaran tubuh, menenangkan jiwa, merangsang otak dan pembekal tenaga harian.

  1. BOH Hibiscus Zest – campuran teh bersama epal, strawberi dan beri hitam
  2. BOH Gentle Ginger
    – campuran teh dengan haruman pudina lemon yang dikisar menjadi campuran organik dengan rasa halia
  3. BOH Twilight Rooibos – campuran teh bersama sitrus dan pudina

Selain rangkaian teh baru ini, terdapat juga produk Teh BOH Garden yang kaya dengan aroma istimewa juga memikat iaitu BOH Palas Supreme dan BOH Palas Afternoon Tea. Suziana Abu Daud

 

Share
Published by
Norzalina