Penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita akhirnya mendedahkan dirinya kini sedang berbadan dua sekaligus menamatkan spekulasi yang timbul.
Memetik laporan Berita Harian, Wany memaklumkan kandungannya kini sudah memasuki usia 6 bulan dan dijangka bersalin Julai nanti.
Walau bagaimanapun, dia belum memutuskan sama ada untuk menjalani proses bersalin dan juga berpantang di Kuala Lumpur ataupun Kuching, Sarawak.
“Benar, saya hamil. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk. Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dengan ditemani ibu.
“Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang masih belum diputuskan,” katanya.
Sebelum ini tular video memperlihatkan ‘baby bump’ Wany menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi sewaktu persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Februari lalu.
Namun, bekas graduan MSU itu enggan mengesahkan khabar gembira berkenaan sehingga dia bersalin nanti. Untuk rekap, Wany Hasrita dan suaminya Mohd Al Adib Fahmi telah mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.
Suami Wany kini berkhidmat dalam bidang penerbangan bertugas di Kuching Sarawak dan masing-masing berulang alik untuk bertemu satu sama lain.
Sumber: Berita Harian OhMyMedia!
This website uses cookies.