Warga Maya Imbas Memori YUSRY ‘Payungkan’ ERRA FAZIRA Sewaktu Di Mahkamah “Masalah Diorang, Mereka Berdua Saja Tahu..”

Sejak kebelakangan ini kes penceraian dan pergolakan rumahtangga artis dan selebriti tempatan hangat diperkatakan. Dari satu-satu kisah ‘luar dan dalam’ perkahwinan mereka heboh dikongsikan dari kedua-dua pihak. Dan baru-baru ini, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat memuji sikap Mizz Nina dan Noh Hujan yang cukup bijak dan matang dalam menangani masalah rumah tangga tanpa perlu ‘melondeh’ atau membuka aib sesiapa.

Menurutnya, golongan selebriti tidak perlu berkongsi aib pasangan meskipun berdepan kemelut dan masalah rumah tangga. “Mizz Nina juga yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahu kan tanpa melondehkan aib masing-masing di depan kita semua,” tulisnya.

Selain itu, warga maya juga turut sempat mengimbas bagaimana penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim yang turut sama mengambil pendekatan tidak berkongsi masalah rumah tangga mereka yang membawa kepada penceraian pada 2006.

Malah gambar mereka berdua bersama-sama memandu ke mahkamah serta Yusry memayungi Erra ke mahkamah menyelesaikan kes penceraian mereka mula dikongsikan oleh warga maya di media-media sosial, memuji keterbukaan hati mereka menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka tanpa perlu menyebarkan aib.

Untuk rekap, sekitar 1999, Erra mulai rapat dengan Yusry apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Khabar angin tersebut mengesahkan yang mereka menjalinkan hubungan istimewa dan pada tahun 2003, Erra diijabkabulkan pada 15 Jun di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Malah majlis persandingan penuh gemilang mereka berdua dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

Namun, selepas dua tahun menjalani kehidupan berumahtangga, perkahwinan mereka tidak bertahan lama selepas mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung untuk seketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Selepas bercerai, kedua-dua Erra dan Yusry meneruskan kehidupan mereka di mana Yusry berkahwin dengan pelakon Lisa Surihani pada Februari 2012, dan Erra berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014, dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Di ruangan komen portal-portal, ramai warga maya menyatakan respon masing-masing dan mengakui teruja dan tersentuh bagaimana kedua-duannya menamatkan perkahwinan mereka dengan cara yang matang dan profesional.

NONA mendoakan agar semua pihak akan menemui jalan kebahagiaan yang diidamkan dan kekal gembira bersama yang tersayang hingga ke akhir hayat hendaknya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus