Hambat kelesuan tubuh dan kekusutan minda sambil menikmati keunikan bangunan ikonik Hotel Stripes Kuala Lumpur yang menghidangkan ruang rehat sempurna tatkala menginap di rangkaian terbaharu YTL Hotel ini.

Tersergam indah bagai sebuah pusat pentadbiran ketika era penjajahan British, hotel bertaraf lima bintang yang terletak di Jalan Kamunting ini juga merupakan Autograph Collection Hotels yang kedua di Malaysia selepas YTL menaik taraf semula The Majestic Hotel Kuala Lumpur lima tahun lalu.

Ads

Dihiasi dengan struktur binaan klasik batu-bata merah dan rekaan kolonial putih bersih, Hotel Stripes Kuala Lumpur mula dibuka kepada orang ramai pada tanggal 18 Februari lalu oleh Pengarah Pengurusan YTL Corporation, Tan Sri Dato’ Dr Francis Yeoh.

Warisan Budaya & Gambaran Sejarah Kuala Lumpur Hiasi Segenap Kamar. HOTEL STRIPES Bangga Pamer Keunikan Negara

Bersandarkan tarikan warisan yang ada di sekelilingnya dan menjadi penempatan utama ketika zaman penjajahan British sekitar tahun 1940an,  lokasi Jalan Kamunting turut tersimpan sejarah tersendiri apabila pejabat YTL Corporation yang pertama dibina di kawasan berkenaan.

Warisan Budaya & Gambaran Sejarah Kuala Lumpur Hiasi Segenap Kamar. HOTEL STRIPES Bangga Pamer Keunikan Negara

Sebanyak 184 kamar beradu dan suite ditawarkan kepada tetamu hotel terdiri daripada kategori Deluxe, Executive Deluxe, Studio dan Executive Studio bergantung pada bajet percutian anda.

Kamar deluxe misalnya mempunyai keluasan 323 kaki persegi sesuai buat pengembara yang datang secara berpasangan dan tidak melebihi tiga orang.

Warisan Budaya & Gambaran Sejarah Kuala Lumpur Hiasi Segenap Kamar. HOTEL STRIPES Bangga Pamer Keunikan Negara

Manakala Executive Studio pula menyediakan kamar lebih luas dengan kesediaan ruang tamu khusus bagi pengunjung yang berhasrat menikmati pengalaman menginap lebih lama dengan dekorasi lebih eksklusif.

Ads

Walau apa pun pilihan yang diinginkan, setiap kamar dilengkapi dengan rekaan moden kontemporari yang menonjolkan sejarah dan budaya kejiranan di sini.

Warisan Budaya & Gambaran Sejarah Kuala Lumpur Hiasi Segenap Kamar. HOTEL STRIPES Bangga Pamer Keunikan Negara

Ia juga dilengkapi dengan perabot mewah, pendingin hawa, kemudahan Wi-Fi percuma, televisyen berdefinisi tinggi, peti sejuk, pantri dan mesin pembancuh kopi.

Bagi meneruskan kesinambungan warisan Jalan Kamunting, setiap bilik turut diserikan dengan gambar pemandangan Jalan Kamunting pada zaman dahulu kala selain menikmati panorama ibu kota menghadap mercu Menara Kuala Lumpur.

Ads

Bukan hanya ideal untuk percutian malah Hotel Stripes Kuala Lumpur juga sering dikunjungi para usahawan dan golongan korporat kerana kesediaan fasiliti untuk penganjuran seminar mahupun urusan perniagaan.

Di sini terdapat enam ruang studio mesyuarat yang mampu menempatkan sehingga 80 orang pada satu-satu masa. Begitu juga kemudahan gimnasium 24 jam dan kolam renang yang berada di tingkat 21 yang menghidangkan pemandangan indah ibu kota.

Warisan Budaya & Gambaran Sejarah Kuala Lumpur Hiasi Segenap Kamar. HOTEL STRIPES Bangga Pamer Keunikan Negara

Pembaharuan semula kawasan sekitar yang dahulunya dikenali sebagai Asian Heritage Row dihuni 22 bangunan rumah kedai yang diubahsuai menjadi restoran, kafe, galeri seni, tempat pertemuan perniagaan dan pusat hiburan pada malam hari.

Nikmati percutian menarik di Hotel Stripes Kuala Lumpur dengan tawaran harga promosi sempena pembukaan rasmi hotel ini dengan harga bermula RM285++ semalam. Suziana Abu Daud

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI