Warisi 7 Kacukan, Kecantikan Anak KAK TON Buat Orang Toleh Berkali-Kali!

Kalau ibunda tersayang yang juga usahawan kosmetik ternama iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton mempunyai empat darah kacukan, anak perempuan Kak Ton
ini pula dikatakan memiliki tujuh darah kacukan.

Wah, patutlah Nadia Shahrul Annuar ini cantik, kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan susuk tubuh langsing! Rupa-rupanya dia mewarisi keturunan yang cantik dan segak daripada kedua-dua ibu bapa.

Pengakuan tersebut dibuat Nadia kepada Nona tidak lama dahulu. Ditemani Kak Ton, pengacara ini membuka bicara. “Kalau mummy

ada empat kacukan iaitu Thailand, Laos, Pakistan dan Arab. Saya yang anak ini ada ekstra lah. Sebab ayah ada keturunan Malaysia dan Indonesia,” ujar personaliti TV ini sambil tertawa.
Di samping ibu bapa tersayang

Yang pasti Nadia bukan hanya mewarisi kecantikan Kak Ton, bahkan dia turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan kecantikan.

Walau pun sibuk menguruskan suami dan anak, namun Nadia tetap komited dalam apa jua bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan. Sudah beranak dua pun badan masih langsing dan cantik! Mahu lebih ramai wanita mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cantik, Nadia tak lokek berkongsi rahsia.

12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar

  • Minum air putih yang banyak
  • Pastikan amal pemakanan sihat bukan saja untuk cantik tapi juga kesihatan
  • Sentiasa berfikiran positif demi mengurangkan stres iaitu punca utama penuaan sebelum waktu
  • Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan gula kerana selain boleh menggemukkan ia juga antara penyebab kanser
  • Pilih suplemen yang sesuai dan semula jadi
  • Amalkan produk penjagaan kulit yang semula jadi dan bebas bahan kimia
  • Bersenam sebab buat otak lebih cerdas, badan sihat dan cantik
  • Jangan tidur lewat dan bangun awal
  • Cuci muka dengan bersih seelok-eloknya tiga kali sehari
  • Tak perlu perawatan facial mahal cuma pakai masker sekurang-kurangnya sehari seminggu
  • Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
Share
Published by
Suzi