Like mother, like daughter! 16 Disember lalu genap 11 tahun usia anak sulung Marion Caunter dan SM Nasaruddin iaitu Leia Rose. Kelihatan manis menyarung dres pastel ketika sambutan ulang tahun kelahiran baru-baru ini, ternyata Leia mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Walau baru berusia 11 tahun namun anak gadis ini memiliki aura tersendiri. Dengan rambut hitam ikal mayang dan raut wajah manis, Leia juga dikurniakan susuk tubuh tinggi lampai.
Melihat penampilan Leia, mengingatkan peminat kepada pesona ibunya yang pernah menjadi pengacara, DJ dan model popular suatu ketika dulu.
Walau Marion Rose Caunter sudah pun meniti usia 42 tahun pada 5 November lalu namun keanggunannya menjadi sumber inspirasi ramai wanita.
Menerusi foto sambutan hari lahir yang dikongsikan Marion di media sosial, Leia diraikan dengan penuh kasih sayang daripada ahli keluarga di kediaman mereka.
Mengenakan persalinan dres sedondon dengan adik perempuan iaitu Lana, kelihatan Marion, SM Nasa dan Liam pula memakai persalinan rona putih.
Kongsi ibu jelita ini, “And just like that, my firstborn is now 11 years old. Birthday lists now include clothes and makeup. Pretty soon she’ll be raiding my closet.
Mommy and daddy love you so very much Leia Rose and no matter how old you are, you will always be our baby girl. Happy Birthday Leia Rose.”
Bekas personaliti TV dan model ini memeluk Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010. 12 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Leia, Lana dan Liam.
Selain tertarik dengan kecantikan dan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam.
Tidak hairanlah Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah memiliki tiga cahaya mata.
This website uses cookies.