MAS ALIZA ALI BAPOO

Orangnya muda, cantik, bercita-cita tinggi dan sangat menghormati orang tua. Mesra menyambut panggilan Nona baru-baru ini, Mas Aliza Ali Bapoo merupakan anak kepada pelakon cantik era 90an, Datin Mas Anizan Mohamed Shahid. Selain mewarisi kejelitaan rupa paras ibunda tersayang, Mas Aliza juga seorang wanita yang penuh dengan sifat ketimuran.

Dia yang kini berkhidmat di sebuah syarikat minyak dan gas turut pernah menceburi bidang seni dengan menjadi pembantu pengarah bagi sebuah syarikat produksi ketika menjayakan satu telemovie. Pun begitu, Mas Aliza belum terdetik mahu mengikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon. Sebaliknya, ujar wanita berusia 26 tahun ini dia lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Ads

Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!

Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!

Disifatkan seorang yang sukakan cabaran, Mas Aliza sebelum ini pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaan namun usaha tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran situasi semasa pandemik Covid-19. Jelasnya lagi, jika tiada aral melintang dia akan kembali aktif mengusahakan bisnes pakaian sendiri.

Yang pasti, keadaan wabak Covid-19 bukan sekadar merencatkan perancangan bisnes Mas Aliza bahkan juga sehingga ke hari ini dia sudah dua kali menunda majlis pernikahan di samping jejaka kacak yang juga juruterbang.

Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!

Reda menerima takdir, Mas Aliza dalam nada tenang berkata, “Sampai sekarang saya dah tunda majlis sebanyak dua kali. Sepatutnya majlis diadakan 12 Jun tapi itu pun terpaksa postponed disebabkan MCO. Jadi, buat masa ini kedua-dua pihak masih belum putuskan tarikh dan bergantung kepada keadaan dan keputusan kerajaan kelak.”

Bergelar anak kepada selebriti cantik, Mas Aliza turut tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai tip kecantikan yang diamalkan selama ini. “Jujurnya, saya tak ada rahsia atau petua tertentu bila melibatkan soal kecantikan. Cuma apa yang paling penting ialah kena jaga kulit dengan sebaiknya.

Macam saya sendiri, kebiasaannya saya akan exfoliate my skin, pakai pencuci muka, penyegar wajah, pelembap, serum dan sunscreen tiap hari. Walau duduk di rumah je, saya tetap pakai sunscreen dan selesa tidak memakai mekap jika hanya duduk rumah. Antara lain, pastikan minum air secukupnya untuk pastikan kulit tak kering atau mengalami dehidrasi.”

Ads

Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!

Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!

Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan! Warisi Wajah Cantik Ibu, MAS ALIZA Amal Makanan Sihat Sejak Alami Masalah Berat Badan!

Ads

Sementara itu, diminta berkongsi penjagaan kesihatan agar kekal ramping… Mas Aliza sambil tertawa membongkar rahsia diri. “Alamak, saya nervous sebenarnya nak jawab soalan ni sebab saya naik berat badan juga kebelakangan ni. Kalau dibandingkan Aliza yang dulu, yang pernah cecah berat badan hampir 90 kg, apa yang saya amalkan ialah dengan buat strict diet dan senaman setiap hari sekurang-kurangnya dua jam.

Bagi pandangan saya, tak ada jalan singkat untuk turunkan berat badan. Saya sendiri amalkan exercise yang konsisten dan tak makan nasi selama dua tahun. Jadi apa yang saya ambil ialah lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga protein.

Di samping itu, untuk kekalkan berat badan ideal pula saya pergi jogging untuk dua atau tiga kali seminggu, jaga makanan dan elakkan makanan manis. Minuman berkarbonat, makanan berminyak dan berproses juga elakkan.

Saya akui tak mudah sebab bila dah lama stop daripada senaman dan nak dapatkan momentum kembali, kita perlu berusaha lebih lagi serta disiplin. Dengan cara seperti itu selain pemakanan yang seimbang, berat badan boleh dikurangkan,” pesan Mas Aliza mengakhiri bicara.

 

Kredit foto: Instagram Mas Aliza

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI