Bagi wanita, nak padankan warna tudung dengan warna baju merupakan salah satu masalah yang sukar untuk diselesaikan setiap kali mahu bersiap-siap. Itu belum lagi masuk padankan baju plain dengan tudung bercorak atau sebaliknya. Boleh terduduk depan almari berjam lamanya.
Kadang-kadang jadi blur nak pakai baju warna apa, tudung warna apa. Bila dah tahu nak pakai baju warna apa, tudung pula tak tahu nak pakai warna apa. Betul tak?
Selalu, yang pening-pening ni perempuan. Lelaki jarang sekali nak fikir pasal matching ni. Asal apa ada depan mata, ‘belasah’ je.
Warna sebenarnya memang memainkan peranan yang sangat penting kerana boleh mempengaruhi mood kita. Kalau gelap warna dipilih, boleh jadi moody. Kalau terang warna yang dipilih boleh buat mood kita menjadi ceria. Selepas ni, pilihlah warna yang sesuai untuk karakter anda.
Jadi, cuba cari padanan warna yang sesuai untuk anda menggayakan baju hari raya nanti agar sentiasa ceria di hari raya dan nampak lebih manis. Tak tahu caranya? Cuba ikuti panduan dibawah. Jangan lupa dapatkan padanan baju dan hijab menarik dari UMMA sempena Raya akan datang! Klik sini untuk lihat koleksi terbaru.
Sumber: Facebook Azim Aziz.