Watak Tina Dalam Kuch Kuch Hota Hai Awal Lagi Ditawarkan Pada RAVEENA TANDON, Tapi Ditolak Mentah-Mentah “Saya Dan Kajol…”

Siapa saja yang tak pernah menonton filem Kuch Kuch Hota Hai bukan? NONA percaya semua pembaca kami membesar dengan filem legenda itu yang dibintangi tiga trio terkemuka – Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee dalam kisah cinta tiga segi yang penuh drama tersebut.

Namun tahukah anda, rupa-rupanya Rani Mukerji bukanlah pilihan utama membawakan watak Tina.

BACA JUGA: Ibu 4 Cahaya Mata, RAVEENA TANDON Maintain Jelita Di Usia 46 Tahun Kini Aktif Dalam Bidang Filantropi

Namun menurut sumber INDIAN EXPRESS, dalam sebuah temu bual baru-baru ini, pelakon jelita Raveena Tandon mendedahkan dia dahulu ditawarkan watak dalam filem itu, tetapi terpaksa menolaknya atas sebab yang mungkin tidak difahami oleh pengarah filem tersebut, Karan Johar pada masa itu sehingga menyebabkan perhubungan Raveena dan Karan Johar selaku pengarah filem tersebut dingin sehingga kini.

Jelas Raveena, “Sehingga kini Karan masih tidak memaafkan saya kerana tidak menerima tawaran berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai. Tetapi dia tidak kerana faham ketika itu, Kajol merupakan rakan seangkatan dengan saya. Kami memulakan karier di Bollywood, pada waktu yang sana malah kami berdua sering mengambil peranan utama.

Jadi, saya tidak boleh berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai, di mana saya berada dalam watak yang kecil berbanding Kajol. Semestinya Rani mendapat manfaatnya kerana dia adalah pendatang baru dan lebih sesuai.”

Raveena mula membuat debutnya menerusi filem Pat Thar Ke Phool (1991) yang membolehkan Raveen dicalonkan dan memenangi anugerah Filmfare New Face Of The Year, kemudiannya membintangi beberapa buah filem termasuk Laadla

(1994), Dilwale (1994), Mohra (1994), Khiladiyon Ka Khiladi (1996), Ziddi (1997), Bade Miyan Chote Miyan (1998) dan banyak lagi, menjadikan Raveena antara pelakon berbakat besar Bollywood pernah ada.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus