Tanggal 11 Julai menjadi detik bermakna buat Nur Fazura Sharifuddin kerana ia merupakan ulang tahun kelahiran ibu tersayang. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, aktres cantik berkenaan tidak lupa untuk menitipkan doa dan ucapan istimewa kepada insan hebat tersebut di media sosial.
Meskipun Fazura dikenali antara selebriti yang kurang gemar berkongsi kisah peribadi kepada umum namun sebagai public figure, kehidupan ibu kesayangan Fazura iaitu Fadhillah Nasir turut menjadi perhatian peminat.
Ads
Menerusi perkongsian di media sosial, isteri Fattah Amin ini memuat naik foto bahagia dirinya di samping ibu tersayang.
Kongsi Fazura, “Today we celebrate you my precious mother, my bests friend, my biggest supporter, my voice of reason, the one that I run to during my happy and trying times.
Happiest birthday Mama. If I had a choice to pick a mother and grandmother to my child – I would choose you over and over again. You are the best thing that has ever happened to me and my daughter Fatima is very blessed to be taught with all the wonderful values you have taught me.
We love you beyond words, Queen of our hearts. May Allah SWT keep you safe always, bestow upon you HIS endless blessings, guidance, barakah, everlasting health and endless LOVE today, tomorrow and all your days to come. Aamiin Allahuma Aamiin.”
Daripada gambar yang dikongsikan jelas terserlah sisi anggun dan penyayang ibu Fazura yang juga ratu hati kepada empat orang anak.
Penampilan ibu jelita ini juga disenangi kerana gayanya yang bersederhana. Pun begitu, tetap kelihatan anggun dan elegan walau sudah melewati usia 60an.
Menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak ketiga daripada empat beradik, Fazura berulang kali meluahkan rasa kagum dengan ketabahan ibunya sepanjang membesarkan mereka adik-beradik.
Apatah lagi, arwah bapa Fazura meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah buat personaliti televisyen cantik, Norliza Mohd Zain yang merangkul anugerah Penyampai Berita TV Terbaik menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022)! Tampil menawan dengan persalinan elegan rona hitam, tidak dinafikan figura ini memiliki aura dan pesona memikat.
Liza yang cukup sinonim dengan Buletin Utama TV3 ini bukan lagi asing dalam dunia penyiaran tanah air. Bakat dan kepetahannya menyampaikan sesuatu berita kepada khalayak cukup memberi kesan kepada penonton.
Malah, dia juga mempunyai identiti tersendiri dan disifatkan seorang penyampai berita yang komited serta profesional dalam mengendalikan tugas.
Lebih sedekad mewarnai industri penyiaran dan berpengalaman luas dalam arena tersebut, Liza disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu.
Selain bergelar personaliti televisyen, Liza juga merupakan penerbit dan turut menerima tawaran sebagai pengacara bagi pelbagai program berkaitan kerajaan mahupun swasta. Ibu kepada empat cahaya mata ini turut berbakat dalam bidang masakan.
Liza diumumkan sebagai penerima Penyampai Berita TV Terbaik 2022 selepas menewaskan beberapa calon penyampai berita TV lain seperti Ivan Toh (RTM), Hazel Desmond (RTM), Farhatul Aishati Othman (RTM) dan rakan setugasnya, Azaria Tagaya.
Terdahulu, Anugerah Penyampai Berita TV pernah disandang penyampai berita RTM, Norashikin Abdul Rahman yang kini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Liza membawa pulang trofi kemenangan dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tertawan tengok kecantikan anak gadis Que Haidar dan Linda Jasmine. Bakal menginjak usia 14 tahun, Tengku Ratu Haidar antara anak selebriti yang menjadi perhatian peminat kerana bakat dan raut wajah cantiknya.
Mengamati kecantikan Ratu, jelas terserlah dia mewarisi kejelitawan ibu tersayang yang merupakan guru koreografi popular.
Sewaktu kecil, Ratu dan adik perempuan iaitu Tengku Cleopatra sering menerima tawaran sebagai model kanak-kanak. Malah adik-beradik ini juga pernah menghiasi kempen baju raya kanak-kanak bagi sebuah jenama gah di Malaysia.
Terbaharu, penampilan terkini Ratu sebagai model wanita dewasa bagi kempen koleksi baju raya Qierahman menarik tumpuan ramai.
Kelihatan lebih matang, anggun dan cantik, pesona yang dimiliki puteri kesayangan Que dan Linda ini mampu membuatkan sesiapa saja terpikat!
Malah rata-rata peminat Que dan Linda mengagumi kecantikan Ratu. Selain melihat anak gadis tersebut mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh dalam dunia peragaan dan mampu bergelar model bertaraf antarabangsa.
Selain berbakat dalam dunia peragaan, Ratu sangat suka menari. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’!
Menerusi perkongsian Que dan Linda di media sosial mereka, jelas menunjukkan Ratu meminati tarian dan aktif mengikuti kelas tarian balet.
Melihat bakat Ratu tersebut pasti membuatkan ramai peminat Linda yang terkenang kembali zaman kegemilangan program Akademi Fantasia.
Dari situlah nama Linda Jasmine melonjak naik dalam persada seni kerana kelincahannya selaku choreographer untuk para peserta program popular berkenaan.
Tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya pun secara tak langsung meminati dan mewarisi bakat ibu mereka. Dalam erti kata lain, darah seni sudah sebati dan mengalir dalam diri Ratu dan Cleo.
Selain dikurniakan dua anak perempuan, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang merupakan anak tiri Que iaitu Qalif Khan berusia 22 tahun.
Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendirikan rumah tangga bersama Linda Jasmine Hashim pada 14 Februari 2009.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi lumrah bagi wanita mahu sentiasa nampak cantik. Terutamanya apabila melibatkan tentang kecantikan kulit wajah. Pantang saja dapat tahu tip terbaru, terus mahu amalkan serta-merta.
Tidak salah sebenarnya hendak mempraktikkan tip-tip kecantikan yang anda ketahui. Cuma yang merisaukan apabila anda mengamalkannya dengan cara yang salah dan terus melakukan kesalahan sama berulang kali malah ada yang sampai bertahun.
Ada ketika anda sendiri hairan kenapa kulit wajah masih tiada perubahan. Sebaliknya, lebih bermasalah dan masih di takuk sama. Ambil tahu kefahaman yang salah tentang kulit supaya dapat mengelak perbuatan ini pada kemudian hari.
Tidak memakai krim tabir suria secara menyeluruh
Disebabkan mahu terlindung daripada selaran matahari yang boleh merosakkan kulit telah mendesak wanita untuk memakai produk multifungsi misalnya kosmetik yang mengandungi SPF. Yang menjadi kesalahan adalah apabila ia tidak disapu dengan rata sehingga ke leher, bahagian rahang, telinga dan garis rambut (hairline). Bukan hanya menonjolkan tona kulit tidak sekata malah mendatangkan kecenderungan kepada pembentukan jeragat kerana terdedah kepada sinar matahari yang terik dalam tempoh yang lama.
Tidak memahami retinol
Ia merupakan salah satu komposisi terbaru produk kecantikan yang berasal dari ‘keluarga’ vitamin A. Selain mempercepat pergerakan sel kulit, ia turut merangsang kolagen dan elastin bagi menjadikan kulit tampak segar lebih lama. Sayangnya, terdapat sebilangan pengguna yang sensitif terhadap retinol dengan kesan alahan yang berbeza. Jika ia benar-benar memberi masalah kepada kulit, hentikan segera. Cari alternatif lain yang sesuai dengan kulit anda.
Terlebih eksfoliasi hingga over pelembab
Eksfoliasi atau pengelupasan kulit perlu dilakukan secara berkala. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah adalah dengan menggunakan skrub. Ingat, penggunaan skrub berlebihan dengan cara menggosok terlalu keras menjadi penyebab kepada kulit lebih sensitif terhadap sinar matahari dan produk kecantikan. Sebaik-baiknya, lakukan 3 kali seminggu sewaktu musim panas dan kurangkan kekerapannya pada musim hujan atau sejuk.
Tidak lupa juga dengan penggunaan pelembab secara berlebihan. Kesan daripada perbuatan ini akan mendorong kepada pembentukan milia iaitu sejenis kutil yang timbul akibat sel kulit mati yang terperangkap di lapisan kulit. Pakailah pelembap secukupnya pada waktu pagi dan diselangi dengan serum untuk mengurangkan risiko pori-pori tersumbat.
Tunda penggunaan krim penuaan
Kebanyakan wanita baru sedar tentang pentingnya perawatan anti penuaan akhir usia 20an. Lebih memburukkan keadaan, ada yang mengambil jalan pintas dengan mendapatkan suntikan kecantikan seperti botoks atau rela menahan sakit di meja pembedahan kerana tak sanggup melihat wajah semakin berkedut. Apatah lagi kini teknologi kecantikan terbaru sudah mengiktiraf kandungan retinoid yang dapat mengatasi masalah jerawat dan kerutan sehingga perawatan anti penuaan boleh dimulakan lebih awal di usia awal 20an. Fikir-fikirkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...