Ada aura tersendiri! Berehat seketika daripada aktiviti seni dan mengacara selepas melahirkan anak kedua, kemunculan sulung Jihan Muse di pentas anugerah muzik berprestij malam tadi nyata mengubat kerinduan peminat.
Masih ‘berbisa’ seperti sebelum ini, penampilan Jihan dalam busana indah merah jambu rekaan Rizman Ruzaini kelihatan cukup cantik mempersona.
Malah solekan magis daripada makeup artist popular, Bee Ramza juga berjaya menaikkan seri wajah isteri Ungku Hariz ini. Sampai ada yang berpandangan wajah Jihan semalam persis Mira Filzah!
Sarat dengan sense of humor dan gaya penyampaian tersendiri, pengacaraan Jihan bersama rakan gandingan Sherry Alhadad berjaya memeriahkan suasana.
Meniti usia 40 tahun, Jihan yang mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon. Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan program hiburan terkenal, Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Dia yang sebelum ini sinonim bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq kini berusia lima tahun dan Ungku Altamis Barr.
CELLVIA Menang Anugerah Di 6th Beauty Awards Dan Lancarkan Produk Secara Eksklusif
Kemenangan di 6th Beauty Awards oleh Sisters Magazine dan Beauty Trend telah menaikkan nama Cellvia Global Networks (CGN) serta menarik perhatian pengiat industri, dengan potensi kerjasama di pelbagai negara. Di 6th Beauty Awards oleh Sisters Magazine, Cellvia Mythology Creation Ampoule telah memenangi anugerah Smartest Skincare Ingredients, manakala Terapi Udara SHUSPELL memenangi anugerah Smartest Skincare Device dan Confidence Oil pula memenangi anugerah Piihan Editor untuk tahun 2022/23.
Kemenangan untuk setiap produk tersebut dipilih oleh panel pakar industri selepas dinilai dari segi prestasi, inovasi dan teknologinya.
Berikutan kemenangan tersebut, Cellvia Global Networks (“CGN”) memperkenalkan rangkaian premium produk berasaskan kesan ke pasaran Malaysia di Colony, Kuala Lumpur. Majlis itu dihadiri oleh para usahawan industri, yang menghadiri taklimat dan demonstrasi yang dibuat oleh pakar R&D dari Korea Selatan yang menjelaskan kecemerlangan formulasi dan teknologi yang membezakan Cellvia daripada jenama lain.
Apa yang Menjadikan Produk Cellvia Dan Scalpia Dalam Liga Mereka Sendiri
Kolagen adalah penahan tubuh manusia, menyokong keanjalan kulit dan mencegah kedutan. Kerosakan DNA berlaku secara semula jadi akibat faktor usia yang mengurangkan pengeluaran kolagen, menyebabkan tanda-tanda awal penuaan. Produk CGN mengandungi generasi terkini kolagen molekul tinggi yang membantu meningkatkan dan memulihkan kesihatan kulit dengan ketara dengan memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela, kedutan dan parut serta melembab.
Cellvia Mythology Creation Ampoules dan Scalpia Plus Ampoules diperbuat daripada ekstrak kolagen berkualiti tinggi, bahan semula jadi dan proses teknologi terkini. Produk Cellvia dihasilkan secara beretika, diterima seadanya oleh agensi berkaitan, dan mendapat pujian pemimpin industri.
Bahan aktif: pati kolagen, pati tisu kultur dari akar ginseng liar , lava air laut Jeju, pati tremella fuciformis (cendawan), Idebenone , niacinamide dan pati buah-buahan Hippophae rhamnoides. Komposisi bahan-bahan aktif ini memberikan hasil yang terbukti untuk menggantikan sel-sel yang rosak akibat penuaan dan memperbaiki dan memulihkan kesihatan kulit dengan ketara dengan memperbaiki teksturnya, mencegah dan meminimumkan kesan cela, kedutan dan parut, meningkatkan keanjalan kulit serta menyuburkan kulit dengan mineral dan vitamin. Hasilnya, mengembalikan keremajaan wajah dan badan manusia.
Aplikasi Effektif dengan Peranti Yang Meraih Anugerah
Peranti Terapi Udara SHUSPELL: Cellvia Mythology Creation Ampoule disapu pada kulit melalui alat semburan kecantikan 5-dalam-1. Terapi Udara SHUSPELL yang memenangi anugerah. Kaedah aplikasi ini membolehkan penyerapan hampir keseluruhan bahan aktif dengan menggunakan teknologi mikronano (MNT) untuk mengurangkan saiz ramuan kepada satu bilion meter, bersamaan dengan 1/1000,000 ketebalan rambut manusia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
“Sopan & Lembut Je Orangnya,” Aida Khalida Cantik Semula Jadi Usia Lewat 60an!
Sejuk mata memandang personaliti popular Aida Khalida. Nama aktres wanita veteran ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Aida Khalida masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini.
Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad ini meniti usia 66 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran.
Bahkan jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.
Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Moga semangat dan kerja keras Aida menjadi sumber inspirasi kepada golongan wanita agar terus aktif mengejar impian hidup.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/jelita-sihat-usia-60an-aznah-hamid-enggan-kejar-populariti-tak-malu-berniaga-asal-halal/
Miliki Rambut Sihat Macam MIRANDA KERR, Model Victoria’s Secret Ini Amal Cuka Epal!
Di sebalik penggunaannya yang meluas dalam bidang kulinari, cuka epal juga bertindak sebagai ‘ejen’ kecantikan buat para wanita terutama di luar negara.
Pendek kata, dari hujung rambut ke hujung kaki, semua masalah boleh dirawat dengan mudah dan cepat. Tak percaya? Boleh mula mencuba kuasa magis cuka epal hari ini.
Salah seorang selebriti Hollywood yang menjadi igauan lelaki dan dicemburui para wanita, Megan Fox sendiri mengakui dia mengamalkan cuka epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) sebagai salah satu daripada rutin kesihatan dan kecantikan hariannya.
Malah, dia percaya ACV sangat membantu mengurangkan lebihan air dan gula dalam badan sekaligus mengekalkan berat badan ideal.
Selain Megan Fox, Miranda Kerr juga tidak ketinggalan merebut manfaat ACV untuk kesihatan rambut. Walaupun dilihat agak ketinggalan zaman dan mengeluarkan bau kurang enak saat mencuci rambut, namun model Victoria’s Secret ini tetap menggunakan ACV.
Begitu juga Scarlett Johansson yang kerap menggunakan ACV sebagai penyegar wajah yang menjadikan wajahnya sering tampak awet muda.
Khasiat Cuka Epal
Tidak dinafikan sebotol cuka epal mengandungi pelbagai keperluan tubuh badan. Sesudu cuka epal sehari berupaya menyingkirkan asid refluks iaitu asid perut yang terjadi disebabkan masalah penghadaman.
Bukan itu saja, cuka epal juga baik untuk meredakan jerawat, membersihkan berus mekap termasuk kesihatan kaki.
(a) Spa kaki
Ada segelintir wanita yang mudah mengalami masalah kaki berbau dan agak sukar untuk menyingkirkan bau kurang menyenangkan itu terutama apabila berada bersama rakan-rakan.
Untuk meneutralkan kembali bau tersebut, rendam kaki di dalam bekas berisi air suam yang telah dilarutkan dengan ¼ cawan cuka epal. Ia juga baik untuk menghalang jangkitan kulat pada kaki seperti ketuat, kutil dan sebagainya.
(b) Mengawal pembentukan jerawat
Wanita yang baru meningkat usia dan ditambah pula dengan beban tugas yang kian banyak memang terdedah dengan jerawat. Halang pembentukan jerawat daripada hinggap ke kulit wajah dengan bantuan cuka epal.
Campurkan suku air bersama sesudu cuka epal dan kacau sebelum dioles ke wajah dengan menggunakan kapas pembersih muka. Biarkan selama 10 minit sebelum mencuci wajah.
(c) Menguatkan kesihatan rambut
Kandungan asid asetik yang ada dalam cuka epal memberi keseimbangan kepada pH rambut selain membersihkan kulit kepala.
Miliki rambut sihat dan lebat secara semula jadi dengan melarutkan 1/3 cawan cuka epal bersama empat cawan air kemudian diurut lembut ke rambut selepas selesai mencuci seperti biasa.
Biarkan selama 10 minit dengan menutupnya menggunakan shower cap dan bilas menggunakan air dingin agar rambut lebih bersinar.
(d) Memutihkan gigi
Selain menanggalkan kesan kopi di fabrik, cuka epal juga digunakan untuk mengurangkan kesan berkenaan yang terlekat di gigi anda. Namun, usah mengharapkan kesan yang sama seperti membuat rawatan pemutihan di klinik pergigian.
Apa yang penting, kebersihan gigi terpelihara dan bebas kotoran. Caranya, campurkan sedikit soda penaik bersama cuka epal kemudian berus dan cuci bersih.
(e) Membersihkan berus mekap
Di luar negara, cuka epal juga digunakan untuk membersih peralatan kosmetik termasuk berus mekap. Tompokan bedak, lipstik dan pembayang mata yang sukar ditanggalkan pada berus mekap boleh dibersihkan dengan selamat dan mudah dengan menggunakan cuka epal.
Ambil satu sudu makan cuka epal dan larutkan di dalam air suam sebelum diperah bersama separuh biji lemon. Masukkan berus mekap ke dalam bekas tadi dan kacau hingga bersih.