Baru-baru ini berlangsungnya acara gilang gemilang anugerah Grammy yang ke 65 di Arena Crypto.com di Los Angeles, California menyaksikan ramai penghibur bertaraf superstar dunia hadir meraikan industri muzik pada malam penuh berprestij itu. Turut memeriahkan dan tercalon ialah penyanyi popular dan berbakat besar Taylor Swift yang hadir dengan persalinan anggun 2 piece berwarna midnight blue hasil rekaan Roberto Cavalli.
Selain dari keanggunan Taylor Swift, turut mendapat perhatian adalah tindakannya sepanjang malam anugerah tersebut. Menerusi pelbagai sumber yang hadir menyaksikan anugerah tersebut secara LIVE, ramai dari mereka teruja dengan sikap Taylor yang sentiasa menjadi orang pertama yang berdiri dan memberikan tepukan setiap kali nama pemenang diumumkan.
Malahan, reputasi professional tersebut tersebut sememangnya sudah sebati dalam diri Taylor sejak dulu lagi. Malah, Taylor tidak langsung segan untuk bangun dan memberikan tepukan meskipun penonton-penonton lain tidak berbuat demikian. Padanlah Taylor Swift menjadi kesayangan peminat-peminatnya.
“Satu perkara yang paling saya kagumi tentang Taylor ialah betapa dia menyokong semua orang. Pada malam anugerah tersebut dia sangat selesa menjadi satu-satunya orang yang memberi tepukan gemuruh dan menari.”
Tindakan Taylor Swift ini turut menjadi bahan bualan di Twitter yang menyanjungi sikap Taylor yang dari dahulu sangat menyokong karier pemain-pemain kreatif dan karyawan muzik di sana. Semoga “class-act” Taylor ini menjadi ikutan buat semua terutama sekali di dalam industri seni tempatan. Janganlah bila ada orang menang buat-buat sibuk tengok handphone saja.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.