WHO Isytihar COVID-19 Sebagai PANDEMIK, “The Last Sunset” Di Wuhan Tarik Perhatian Dunia

Sejak wabak koronavirus (COVID-19) menyerang negara China sehingga ke hari ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia berjaya dihapuskan. Malah saban hari jumlah kematian akibat virus ini makin meningkat di seluruh pelosok dunia.

Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melabelkan COVID-19 ini sebagai PANDEMIK. Menurut laporan yang telah dikeluarkan semalam, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes jangkitan COVID-19 telah meningkat 13 kali ganda sejak lebih dua minggu lalu. Beliau telah menyatakan kebimbangannya dengan tahap ketidakpastian virus tersebut.

Difahamkan, pandemik merupakan penyakit yang merebak ke beberapa negara secara serentak di seluruh dunia. “Keputusan melabel wabak itu sebagai pandemik tidak bermakna WHO mengubah nasihat kami tentang langkah pembendungan yang perlu diambil setiap negara,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus

Beliau turut menggesa negara antarabangsa menukar langkah dengan mengambil tindakan segera dan agresif. “Sesetengah negara telah membuktikan wabak itu boleh dibendung dan dikawal. Ini ialah cabaran yang perlu dihadapi oleh negara yang berdepan kluster lebih besar atau penyebaran tempatan.

Foto: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Ia perlu dilakukan secara seimbang antara melindungi kesihatan, meminumkan gangguan dan menghormati kehidupan orang lain. Kita akan menghadapi secara bersama dengan tenang dan melindungi penduduk seluruh dunia. Ia pasti boleh dilaksanakan,” tambahnya.

Dalam perkembangan COVID-19 di Wuhan pula, momen “The Last Sunset” telah meregut hati seluruh penduduk dunia ekoran daripada salah seorang doktor yang merawat pesakit COVID-19 di sana telah menyorong keluar katil pesakit untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

Foto: China Daily

Dr. Liu Kai dilihat menyorong keluar katil seorang pesakit demi memenuhi keinginan pesakit tersebut untuk melihat matahari terbenam setelah sebulan ‘terkurung’ dalam bilik isolasi, mungkin buat kali terakhir? Foto tersebut telah bertebaran di seluruh media sosial dengan tajuk “The Last Sunset”.

Melihat pesakit yang merupakan seorang pemain biola itu kelihatan depress akibat terlalu lama berada dalam hospital telah mengerakkan hati doktor berhati mulia itu untuk membantunya menikmati keindahan matahari terbenam bersama-sama.

“Saya fikir mungkin sinaran matahari ini dapat menggembirakan sedikit hatinya,” kata Dr. Liu Kai kepada pesakit yang berusia 87 tahun itu.

Semoga pandemik COVID-19 ini akan terus segera berlalu dan masyarakat dunia boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang sekatan lagi. Marilah kita menjaga diri dengan mengikut saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: Sinar Harian & China Daily

IKLAN
Share