Women in Nuclear (WiN Malaysia) sekali lagi menganjurkan 5th Women in Nuclear Conference 2021 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Acara tahunan ini anjuran bersama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang diadakan pada 23-24 Mac 2021. Ia dijalankan secara maya bagi menyokong langkah kerajaan dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Ads
Tema penganjuran kali ini ialah “Nuclear Technology: Providing Solutions for Challenges in Future Development” bersesuaian dengan cabaran masa ini terhadap penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia dari segi keselamatan dan kesihatan, ekonomi serta pembangunan masa depan negara.
Penganjuran persidangan ini adalah untuk menyebar maklumat berkaitan perkembangan terkini dalam bidang teknologi nuklear, penemuan penyelidikan, berkongsi idea serta sebagai platform untuk menjalin perhubungan serta interaksi antara penyelidik, ahli akademik, industri, pelajar dan orang ramai di Malaysia.
Persidangan ini melibatkan 23 pembentangan kertas kerja yang merangkumi 2 kertas kerja ucaptama dan 5 kertas kerja jemputan ucaptema dari pakar dan profesional berpengalaman. Selain itu, terdapat 16 pembentangan oral dan 7 kertas kerja berbentuk poster dari para penyelidik dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang meliputi perlindungan sinaran, keselamatan dan sekuriti nuklear, aplikasi Sains Nuklear, peranan wanita dalam mempromosikan teknologi nuklear dan sains, kajian berkaitan COVID-19 dan sinaran tidak mengion.
Merujuk kepada tema dan tajuk kertas kerja yang dibentangkan, ia menunjukkan aplikasi teknologi nuklear amat bermanfaat dan digunakan dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, alam sekitar, pendidikan dan tenaga hijau. WiN Malaysia selaku penganjur utama adalah organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari pertubuhan induk WiN Global yang meliputi 101 cawangan seluruh dunia dianggotai oleh wanita profesional dalam bidang teknologi nuklear.
Ads
WiN Malaysia ditubuhkan pada tahun 2014 dengan misi untuk menyokong penglibatan wanita dalam dalam bidang Nuklear dan berperanan untuk berkongsi maklumat dan faedah teknologi nuklear dalam kehidupan seharian. Bersesuaian dengan Malaysia yang sedang bergerak ke arah negara perindustrian, bidang sains dan teknologi adalah sangat penting bagi masa depan ekonomi negara.
Justeru, peranan wanita dalam bidang sains dan teknologi seharusnya diberi pengiktirafan. Secara tidak langsung, penganjuran persidangan WiN Malaysia adalah meraikan sumbangan wanita dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI menerusi ucapannya berkata, Malaysia telah lama mengiktiraf faedah penggunaan teknologi nuklear secara aman.
Ads
Melalui keanggotaan dengan International Atomic Energy Agency (IAEA), Malaysia mendapat manfaat dari program latihan dan projek penyelidikan. Malah, kini kursus berkaitan Teknologi Nuklear juga ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan. Beliau berbangga dengan penganjuran persidangan WiN Malaysia kali ini kerana berkongsi bulan yang sama dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia sekaligus dapat menonjolkan peranan dan kewibawaan wanita dalam STI khususnya di Malaysia.
Sumber: WOMEN IN NUCLEAR (WiN MALAYSIA)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malang tak berbau. Walau pun ada di rumah dan bawah pengawasan ibu bapa tapi bahaya tetap ada di mana-mana. Terbaru, kisah selebriti Betty Banafe yang mengalami kecederaan mata akibat tertusuk permainan lego si anak menimbulkan rasa curiga di kalangan ibu bapa khasnya.
Iyalah, boleh sebabkan buta tu! Pun begitu, alhamdulillah keadaan Betty kini beransur baik.
Kongsinya, “Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah … bayangkan mereka yang buta permanently .. salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah.
Bagi mereka yang tersenyum lihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu. Kerna waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga .. terima kasih bagi yang mulia hatinya.
Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya. Pergorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif. MasyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin ya Rab.. ”
Betty merupakan isteri kepada Bruce Darghous sejak mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Julia Dargus dan Dean Dargus.
Moga cepat sembuh ya Betty!
Sumber: Instagram Betty Banafe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian aktres dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan di laman media sosial miliknya memaklumkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan ortodontik dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth hari ini.
Supernumerary Mesiodens Tooth adalah salah satu fenomena Supernumerary teeth / Hyperdontia dimana gigi berlebihan(extra) tumbuh di antara gigi atas bahagian depan. Ia juga menyebabkan jumlah gigi yang terbentuk dalam rahang lebih banyak dari jumlah normal.
Katanya yang mesra disapa Che Ta, Aaisyah yang akan genap sembilan tahun November depan lebih banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan. Pembedahan tersebut dijalankan di hospital pakar Global Doctors, Mont Kiara di bawah kendalian serta pemantauan tiga orang doktor.
“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) sering mengadu tak selesa di bahagian giginya. Jadi selepas menjalani pemeriksaan lanjut, pembedahan dijadualkan hari ini dan segalanya dipermudahkan. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.
“Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.
Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.
“Masa melakukan CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu dalam masa sama bersyukur kerana anak perempuannya kuat semangat.
“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata isteri kepada Zain Saidin itu.
Terdahulu Che Ta memuat naik beberapa keping gambar Aaisyah di Instagram sebelum dan selepas menjalani pembedahan Supernumerary itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti kapal angkasa, melalui muara Sungai Perlis. Pertama kali berlaku dan dilihat oleh penduduk setempat, kemunculan kapal layar mewah jenis Adastra itu pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu difahamkan kapal ini datang dari luar negara, bergerak melalui muara Sungai Perlis dan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd bagi tujuan membaiki kapal tersebut.
‘Ad astra’ yang merupakan frasa Latin yang diterjemahkan kepada ‘Menuju Bintang’, rupa-rupanya kapal layar mewah Adastra ini bernilai hampir-hampir RM200 juta! Jadi apa lagi yang menarik tentang kapal mewah ini? NONA secara eksklusif menghimpunkan beberapa fakta menarik tentang Adastra.
Adastra berkelajuan ribut 50 knot dan mempunyai julat keluasan 10,000 batu nautika pada 10 knot. Dikuasakan oleh enjin tunggal Caterpillar C18 1,150 hp, kelajuan tertinggi bot itu ialah 23 knot, dengan pelayaran mesra 17 knot. Adastra juga mempunyai dua enjin cadik Yanmar 110-hp untuk menggerakkan tiga penjana di dalamnya.
Adastra direka oleh pereka kapal layar Britain, John Shuttleworth dan dibina oleh McConaghy Boats di Zhuhai, China.
Ringan dan berprestasi tinggi. Dibina daripada e-glass dan Kevlar, badan kapal ini dibuat dengan super-struktur gentian karbon, jadi berat bot itu hanya 49 tan, atau sama berat dengan kapal layar konvensional 60 kaki. Reka bentuk ringan ini memberikan kecekapan hidrodinamik, kestabilan dan prestasi, serta penggunaan bahan api yang rendah dan impak mesra alam sekitar.
Susun atur luaran membolehkan tetamu menikmati ruang legar privasi yang menawan dan santai. Dengan rekaan Scandinavia oleh Jepsen Designs, ianya cukup minimalis di samping menyerlahkan palet kayu berwarna madu pada ruang tamu pelan terbuka. Adastra direka untuk sembilan tetamu dan enam kru. Kabin utama rasuk penuhnya terletak di belakang, disambungkan terus ke salun utama, manakala dua kabin tetamu dan dapur terletak berhampiran petak enjin.
Adastra mempunyai dek belakang berkeluasan 52.5 kaki yang luas dengan ruang istirehat dan ruang makan alfresco yang tertutup, manakala menuju ke hadapan ruang utama, tetamu boleh berehat di platform kapal di hadapan yang lapang. Pintu garaj kapal layar boleh laras untuk mencipta platform untuk menyelam.
Sumber dan gambar: RobbReport
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...