Perasan tak bila kita rajin bersenam, muka pun semakin berseri-seri. Pelakon, model dan pengacara, Ramona Zamzam misalnya semakin hari semakin cantik. Siapa sangka satu masa dahulu kulit Ramona pernah breakout sampai dia terpaksa ‘berehat’ dari berlakon!
Ruang masa yang ada, Ramona gunakan untuk terus menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Dalam tempoh kuarantin sejak PKP lalu, Ramona cukup gembira kerana dapat melakukan aktiviti senaman walaupun hanya dari rumah. Boleh ‘curi’ idea ni dari Ramona!
Bagi Ramona, kecantikan bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Baik sewaktu belum berkahwin atau sudah mempunyai anak, penjagaan kecantikan tetap diutamakan. Cuma bezanya, ruang masa yang terhad membataskan untuk dia lebih fokus.
Sama sahaja sebelum dan selepas ada anak, cuma lepas ada anak lebih struggle untuk mencari masa terutamanya ketika tahun pertama. Saya sering membuat rawatan muka sebulan sekali dulu kerana kerjaya saya memerlukan saya menggunakan banyak makeup. Jadi secara tidak langsung muka menjadi kering dan apabila selalu dicuci ia kehilangan minyak semulajadinya. Saya akan ke salun kecantikan untuk refresh balik.
Apabila ada anak, paling susah sekali adalah untuk work out. Dulu, saya paling seronok dapat keluarkan peluh, buat senaman sebab kita rasa sangat puas dan sihat. Sekarang kalau ada masa, saya akan buat dua benda iaitu berenang kerana ia paling senang. Sejenis senaman yang membuatkan seluruh badan bergerak. Sangat vigorous. Work out the whole body
. Kedua saya akan buat core work out, plank, sit-up, squad dan banyak lagi.
Membelek laman Instagramnya, Ramona banyak memperkenalkan jenama kecantikan untuk kulit wajah. Apabila sudah banyak terdedah dengan penggunaan chemical dalam solekan, tentu Ramona pernah mengalami masalah kulit.
“10 tahun lepas, saya mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk. Hampir setiap hari menjalani sesi penggambaran untuk modelling dan berlakon. Muka menang tidak pernah lekang dengan mekap sehingga menyebabkan kulit saya rosak.
Ketika itu saya memang tak tahu untuk menanggalkan solekan perlu gunakan cleanser water, makeup remover dan sebagainya. Saya hanya gunakan pencuci biasa sahaja.
Lama-kelamaan tumbuh bintik-bintik kecil memenuhi ruang wajah. Pernah juga saya menolak tawaran untuk penggambaran sebagai salah satu cara untuk ‘memberi kebebasan’ pada wajah daripada sebarang bahan kimia solekan pada kulit.
Beratus kali juga buat facial dan jaga pemakanan terutamanya buah dan sayur. Sayuran dan buah-buahan ini berkait rapat dengan penghadaman. Jika ada masalah penghadaman, boleh juga membuatkan kulit menjadi tidak sihat.”
“Saya gembira sangat dapat take a break daripada penggambaran kerana masuk saja tahun 2020 ni, jadual saya agak ketat. Somehow saya sangat bersyukur dengan saranan yang diambil pihak kerajaan ini,” katanya.
Kredit foto dan video: Instagram Ramona Zamzam
This website uses cookies.