Wow, Amalkan 10 Perkara Kecil Ini Je Confirm Suami Makin SAYANG!

Rutin kerja yang tak pernah habis seringkali membuatkan seorang wanita terlupa beberapa perkara kecil yang sangat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Amalkan 10 cara ini setiap hari dengan yakin dan ikhlas. Percayalah, dengan izin-Nya hubungan anda dan suami akan semakin bahagia.

  • SIMPAN TELEFON BIMBIT

Utamakan keluarga apabila anda berada di rumah dengan cara menyimpan seketika telefon bimbit. Komunikasi bersama suami lebih penting sekaligus menunjukkan rasa hormat dan perhatian yang membuatkannya rasa lebih dekat serta dihargai.

  • FIKIR 2 KALI SEBELUM KRITIK

Kritikan boleh merosakkan hubungan. Maka, fikir dulu sebelum melontarkan kata-kata. Adakah kesilapannya itu sudah keterlaluan atau tidak. Fikirkan adakah berbaloi kritikan anda itu?

  • YAKINLAH ANDA TETAP YANG UTAMA

Suami pasti mempunyai teman-teman rapat yang memberi makna dalam hidupnya terutama sebelum berkahwin dengan anda. Jangan halang atau putuskan silaturrahim mereka. Sokonglah jika ia memberi kebaikan. Yakinlah anda tetap yang utama buat suami.

  • PILIH SENGKETA ATAU BERDAMAI

Apabila anda bijak mengungkapkan perasaan dengan cara positif serta mendengar apa yang suami luahkan pasti akan mencetuskan perdamaian. Jika awal-awal lagi anda sudah bersangka buruk atau ego maka mudahlah terjadinya sengketa.

  • BIARKAN SUAMI BEREHAT

Ada juga isteri yang terlalu bergantung kepada suami seperti membuat kerja rumah. Mungkin suami keletihan setelah seharian bekerja. Sebaiknya salinglah membantu meringankan beban. Berikan masa untuk suami berehat sebelum memintanya membantu anda di rumah.

  • ZIARAH KELUARGA SUAMI

Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik buat suami dan keluarganya. Jika suami berhasrat untuk menziarahi keluarganya, sentiasa bersedia untuk menemaninya. Jadilah seorang isteri dan menantu yang terbaik.

  • BERIKAN SENTUHAN LEMBUT TANDA KASIH

Anda pasti ingin menjadi seorang isteri yang menyenangkan suami. Salah satu caranya ialah memberikan sentuhan melalui urutan yang pasti akan dirindui suami.

  • SOKONG APA JUA IMPIANNYA

Sokonglah idea-idea mahupun cita-cita suami agar hubungan semakin kuat. Anda juga boleh memberikan pandangan untuk membantu suami mencapai impiannya itu.

  • PUJILAH SUAMI

Berikan pujian seikhlas hati terutama setiap kebaikan yang dilakukan atau pencapaian yang diperolehinya.

  • AJAK ‘BERCINTA’

Kebiasaannya suami yang berinisiatif untuk berhubungan intim. Apa kata anda pula mulakan ‘pelawaan’ itu. Suami pasti terkejut dan teruja mendengarnya. Namun pastikan ajakan itu pada masa yang tepat.

 

 

Share
Published by
Amy Mohd