Wow, Hampir ‘ZERO’ Bajet, Tapi Kulit Wajah Anda Boleh Nampak Mahal! Ini Kesan Terbaik

Fuh! Kalau dapat minum air sejuk terutamanya berais ketika musim panas dan ketika panas terik memang boleh melegakan tekak dan mengembalikan kesegaran.

Ternyata, ais bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi juga mampu untuk merawat kulit wajah. Sebenarnya, ais batu mempunyai banyak manfaat lain untuk kulit wajah anda. Jom, cuba ‘usha’ ni.

 

KURANGKAN MATA BENGKAK

Tidak mendapat rehat yang secukupnya atau menghabiskan waktu lebih 10 jam menghadap komputer dan televisyen  akan menyebabkan mata keletihan dan membengkak. Untuk itu, letak ais di lingkaran bawah mata bagi mengurangkan bengkak bawah mata dan membuat mata lebih rileks.

 

KEMERAHAN KULIT

Ais juga mampu membantu untuk mengurangkan kemerahan kulit yang terjadi akibat alergi salah penggunaan alat make up. Selain itu,ais juga boleh surutkan kemerahan akibat gigitan serangga atau terkena benda panas.

PEMBERSIH WAJAH

Jika pencuci muka anda habis dan belum sempat lagi untuk membeli yang baru, jangan risau. Gunakan saja ais sebagai jalan penyelesaian dengan menggosok ais batu secada perlahan pada wajah.

 

MAKE UP PRIMER

Ais juga boleh bertindak sebagai make up primer dengan menggunakan ais sebagai langkah pertama. Selain itu, ais juga boleh membuat make up anda tahan lama.

 

MENUTUP PORI-PORI

Selepas mencuci muka, sapu ais dengan perlahan pada wajah anda untuk membantu mengecilkan pori-pori. Pori-pori yang terbuka akan menyebabkan kulit bermasalah seperti berminyak dan berjerawat.

 

Jadi, ini dia manfaat ais yang boleh membantu merawat kulit wajah anda tanpa sebarang bajet yang besar. Buat di rumah saja pun boleh. Tak ada hal. Semoga ia membantu dan berhasil.

Share
Published by
Elly Jalil