Dalam kesibukan umat islam membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadan, pastinya wanita di luar sana juga sudah memikirkan busana yang akan disarungkan di hari lebaran. Meskipun masih awal, namun tiada salahnya dan lebih baik sekiranya busana lebaran dibeli lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Kini, terdapat banyak pilihan busana Raya yang boleh didapati di pasaran dari harga murah hingga harga yang lebih mahal. Usah khuatir, entri Nona kali ini berkongsikan busana raya yang cukup meletup dan cantik buat wanita di luar sana yang masih mencari-cari busana pilihan untuk digayakan di hari lebaran dari 4 pereka terkenal tanah air!

IKLAN
Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!
Koleksi Raya Alia Bastamam

Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!

ALIA BASTAMAM

Jika tahun sebelumya, Alia mempertaruhkan rekaan polos serta percikan rona-rona pastel yang menjadi signature beliau. Namun untuk koleksi lebaran 2018 bersama Zalora, pereka terkenal ini menghimpunkan koleksi memukau yang memberi sedikit kelainan buat koleksi beliau pada kali ini.

Dengan membawakan unsur mewah dengan aura kesuburan, beliau bijak menyuntik idea tropika melalui cetakan oriental dalam ton bergemerlapan bak permata. Unsur flora muncul seperti lukisan Cina yang bergerak bebas manakala pengaruh Melayu tradisional muncul pada corak seperti kain batik. Tidak dilupakan juga elemen flora Inggeris menambahkan lagi keunikan koleksi memukau pereka ini dalam memastikan ia tidak ditelan zaman.

Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!
Koleksi Raya Syomirizwa Gupta

Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!

SYOMIRIZWA GUPTA

Mengekalkan kesetiaannya terhadap inspirasi daripada individu yang luar biasa dalam setiap rekaannya dan pelbagai unsur etnik sebagai ilhamnya, koleksi Syomiriza Gupta memberi penghormatan kepada kehidupan dan tugas Wanita Pertama Singapura, Toh Puan Noor Aishah.

Figura itu terkenal dengan kebaya dan batik lepas yang lengkap dengan padanan kerongsang dan selendang yang digayakan dengan elegan di sebelah bahu. Syomirizwa Gupta untuk koleksi Zalora mempamerkan bukan saja gaya sofistikated tokoh itu termasuk kebaya ketat, baju labuh, dan kebarung, tetapi juga sifatnya yang gemar mencuba perkara baru dengan memasukkan elemen polka dot, rona merah dan oren yang bertenaga serta sulaman yang sering dipamerkan dalam gayanya. 

IKLAN
Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!
Koleksi Raya Nurita Harith

Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!

NURITA HARITH

Terkenal dengan rekaan minimalis namun elegan dan eksklusif, jenama Nurita Harith membawakan sesuatu yang cukup feminin buat koleksi lebaran 2018.  Tahun ini, koleksi NH oleh Nurita Harith menyaksikan permainan warna pastel yang digemari pereka itu. Daripada ungu lembut, hijau pudina hingga merah jambu, Percikan rona anggun yang dipertaruhkan menjadikan koleksi beliau pada tahun ini cukup istimewa.

Tampil polos tanpa sebarang perincian, rekaan ini mempertaruhkan potongan bersih dan menonjolkan sisi feminin seorang wanita yang amat nyata. Alunan fabrik lembut seperti sifon diserikan lagi dengan sulaman renda yang memberi aksen mewah buat keseluruhan koleksi beliau.

IKLAN
Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!
Koleksi Raya Jovian Mandagie

Wow, Koleksi Raya 4 PEREKA TERKENAL Ini Memang Meletup Digayakan Lebaran Nanti!

JOVIAN MANDAGIE

Setiap tahun, koleksi lebaran jenama tersohor Jovian Mandagie pasti menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu. Terkenal dengan hasil rekaan yang memukau, koleksi lebaran 2018 bersama Zalora membawakan sesuatu yang segar dan penuh budaya. koleksi ini diinspirasikan dari negara matahari terbit, Jepun yang penuh dengan cetakan ombak Hokusai, Seigahai, Cranes, Asahona (dedaun rami), Shippou, Kiku (bunga kekwa) dan bbunga sakura.

Menurut Dato’ Jovian, ilham tersebut tercetus saat beliau terbang ke negara Jepun pada tahun lepas dan telah jatuh jatuh cinta dengan keindahan negara tersebut. Selain itu beliau mendapati Jepun penuh dengan budaya dan tertarik dengan kelembutan wanita Jepun. Bagi beliau, Jepun juga menonjolkan sifat wanita timur yang bukan sahaja pada wanita Melayu. Pelbagai siluet baharu yang diketengahkan oleh pereka dalam koleksi lebaran 2018 antaranya maxi top, kimono style tunic, tali pinggang obi, ikatan reben dan perincian manik halus.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI