Setiap kali bulan puasa mesti tercari-cari tempat untuk berbuka kan? Apa kata kali ni kita ubah selera dengan memilih menu cita rasa Cina Muslim di Chicken Rice Guys atau CRG terletak di Sekyen 7, Shah Alam. Seperti kita tahu kebanyakan menu cita rasa Cina tidak terlalu berat serta menyihatkan. Maka sesuailah untuk anda yang target nak kurus menjelang raya nanti.

IKLAN

Nona kongsikan 3 menu istimewa daripada Restoran CRG yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Tak susah pun nak buat. Bahan pun mudah nak cari. Selamat mencuba!

STEAMED TRIO EGG

Wow, Sedapnya Hidangan Unik & Menyelerakan di Restoran CRG Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur ayam
  • 1 biji telur itik masin (ambil kuning telur sahaja)
  • 1 biji telur padi (century egg)
  • Sedikit kicap masin
  • Lada sulah secukup rasa
  • Air suam secukupnya

CARA MEMBUAT:

Pecahkan telur ayam dan kacau. Tambahkan air suam sama kuantiti dengan telur ayam. Susun telur itik masin dan telur padi di dalam adunan telur ayam tadi. Kukus selama 8-10 minit. Tuang kicap masin dan lada sulah selepas telur masak, hidangkan.

DUMPLING UDANG

Wow, Sedapnya Hidangan Unik & Menyelerakan di Restoran CRG Ni!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam (ikut cita rasa)
  • 12 ekor udang (ambil isinya)
  • Cendawan kulat kering (direndam air panas)
  • 2 biji lobak merah (dicincang halus)
  • 2 helai daun bawang (dicincang halus)
  • Sos tiram secukup rasa
  • Gula, garam dan lada sulah secukup rasa
  • Beberapa kulit wantan (bulat)

CARA MEMBUAT:

Campurkan semua bahan (kecuali kulit wantan) serta gaul sehingga sebati. Kemudian balut dengan kulit wantan satu persatu sehingga siap. Boleh direbus atau digoreng, hidangkan panas.

IKLAN

AYAM GORENG BERSALUT TELUR MASIN

Wow, Sedapnya Hidangan Unik & Menyelerakan di Restoran CRG Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam (ikut cita rasa jumlahnya)
  • 4-5 sudu mentega
  • Sedikit daun kari
  • 3-4 biji cili padi (dihiris)
  • 3-4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 biji telur masin (direbus & diambil kuning telurnya, dilenyek)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan lada sulah
  • Bahan perap (campuran tepung jagung, tepung gandum, sedikit garam & lada sulah)

CARA MEMBUAT:

Golek-golekkan isi ayam ke dalam bahan perap, goreng sehingga keemasan dan rangup. Di dalam kuali lain panaskan mentega. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Kemudian masukkan telur masin dan kacau selalu. Masukkan semula ayam goreng ke dalam telur masin, gaul rata. Tutup api dan hidangkan.

Wow, Sedapnya Hidangan Unik & Menyelerakan di Restoran CRG Ni!
Pengasas Restoran
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI